Select Page

Merujuk kepada Perutusan Khas YAB Perdana Menteri mengenai Pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 1 April 2020 hingga 14 April 2020 di seluruh Negara.

Pihak UTM telah memutuskan bahawa :
1. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran (PdP) dilaksanakan secara jarak jauh dan dalam talian (Online Learning) bermula pada 1 April 2020 hingga 26 Jun 2020, iaitu sehingga berakhirnya Semester 2, Sesi 2019/2020 (Rujukan : Kalendar Akademik Sesi 2019/2020 Edisi 2)
2. Penggunaan kaedah PdP secara jarak jauh/dalam talian diutamakan untuk tujuan syarahan, tugasan, projek, pembentangan; manakala kaedah alternatif jarak jauh/dalam talian juga diutamakan untuk tujuan amali, pembelajaran servis, serta pentaksiran termasuk peperiksaan
akhir dan seumpamanya.
3. Fakulti dan pensyarah perlu membantu menyediakan kaedah pembelajaran jarak jauh yang inklusif dan bersesuaian yang juga mengambilkira pelajar yang tidak mempunyai capaian internet untuk mengikuti pembelajaran dalam talian secara sepenuhnya.
4. Pelajar diminta untuk terus tinggal di kediaman masing-masing semasa aktiviti PdP dilaksanakan secara jarak jauh dan dalam talian sepanjang semester.
5. Aktiviti PdP yang tidak dapat disempurnakan di sepanjang semester 2, terutama yang memerlukan kehadiran fizikal seperti bengkel, makmal, studio, pembelajaran servis, peperiksaan akhir dan lain-lain; akan dilaksanakan pada penghujung semester 2 dan/atau pada Semester 3 mengikut keperluan dengan syarat Fakulti mendapat kelulusan dari Senat UTM. Pelaksanaan aktiviti PdP secara bersemuka ini juga adalah tertakluk kepada keputusan pihak kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan.