Vision & Mission

Philosophy

The divine law of Allah is the foundation of knowledge. In line with His Will, UTM strives with total commitment to attain excellence in science, technology and engineering for the well-being and prosperity of mankind

Hukum Allah adalah dasar kepada ilmu. Sejajar dengan kehendak-Nya, UTM komited secara menyeluruh dan bersepadu demi mencapai kecemerlangan dalam sains, teknologi dan kejuruteraan untuk kemakmuran dan kesejahteraan sejagat

Vision

A Premier University Providing World-Class Education and Research

 

Universiti Terkemuka Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan dan Penyelidikan Bertaraf Dunia

 

 

Mission

To Develop Holistic Talents and Prosper Lives Through Knowledge and Innovative Technologies

 

Untuk Membangun Bakat Holistik dan Mensejahtera Kehidupan Menerusi Ilmu dan Inovasi Teknologi

Our Core Values

Integrity

Integriti memerlukan pematuhan kepada nilai-nilai moral dan
prinsip etika yang kukuh. Sifat terpuji ini mesti dihayati dalam
hati dan jiwa dan dimanifestasikan melalui kesetiaan, peribadi,
tingkah laku, perbuatan dan tindakan secara hikmah dan
amanah.

Synergy

Sinergi menanamkan semangat berpasukan, kebersamaan,
keterangkuman, keserakanan, kepercayaan, hormat menghormati, keluhuran budi dan kerjasama mengatasi kepentingan
sendiri, di samping menghargai kepelbagaian dan perbezaan.

Excellence

Kecemerlangan merujuk pencapaian dan penyampaian tinggi yang akan menghasilkan kejayaan gemilang dalam semua
aspek merangkumi pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, inovasi, pengkomersialan dan penyediaan perkhidmatan.

Sustainability

Kelestarian terhasil melalui pemacuan secara holistik oleh
komuniti kampus dalam mengintegrasi dan mengimbangi
bidang ekonomi, sosial dan alam sekitar untuk memenuhi
keperluan semasa tanpa menjejaskan keupayaan sedia ada
dan berkekalan.