Select Page

Merujuk kepada arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di atas oleh Majlis Keselamatan Negara, sepertimana diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 16 Mac 2020, Universiti akan menutup operasi semua Pusat Tanggungjawab tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal Universiti untuk semua aktiviti pelajar dan staf mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

2. Bagi memastikan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini tidak menjejaskan perkhidmatan utama dan kritikal, pihak Universiti telah menyediakan panduan bagi penutupan operasi sepertimana panduan berikut:

i. Panduan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Universiti Teknologi Malaysia berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 seperti di Lampiran 1.

ii. Panduan Khas Bekerja dari Rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 seperti di Lampiran 2.

3. Arahan ini adalah berkuat kuasa pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 atau sehingga pihak Kerajaan mengeluarkan arahan terbaharu mengenai isu ini. Seluruh warga Universiti adalah diminta memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk sama-sama mengekang penularan wabak Covid-19 dan pada masa yang sama sentiasa mengamalkan kebersihan dan penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Maklumat lanjut berhubung pekeliling ini boleh dimuat turun melalui http://registrar.utm.my/circular.

Terima kasih.

PEKELILINGPENTADBIRAN BIL. 15/2020: ARAHAN PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MULAI 18 MAC HINGGA 31 MAC 2020 DI SELURUH NEGARA DIBAWAH AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 DAN AKTA POLIS 1967

____________________________________________________

Bahagian Pengurusan Organisasi / Organisational Management Division,
Jabatan Pendaftar Department of Registrar,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru, Johor.
Office:07-5530145  I  Fax: 07-5545755 I  Websitehttp://registrar.utm.my/bpo/