Pemakluman : Penangguhan Pendaftaran Masuk PelajarSesi semester 1 2020/2021

Pihak Kementerian Pengajian TInggi telah mencadangkan kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) termasuk UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA untuk menangguhkan dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. 

BAGI KENYATAAN PENUH, SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH :
KENYATAAN MEDIA KPT PENANGGUHAN PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL/BERSEMUKA PELAJAR IPT KEMASUKAN OKTOBER 2020
Pihak pengurusan Universiti dengan merujuk kepada kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2 Oktober 2020 memutuskan untuk MENANGGUHKAN SEMENTARA kehadiran SEMUA PELAJAR secara fizikal ke kampus UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur sehingga pengumuman seterusnya dikeluarkan.

(1) Semua pelajar baharu dan lama tidak perlu hadir ke kampus bagi membuat pendaftaran dan pembelajaran.
(2) Semua pelajar baharu dan lama perlu mendaftar dan mengikuti kursus secara dalam talian sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan berasaskan perkembangan terkini COVID-19 dari semasa ke semasa.

BAGI PEMAKLUMAN PENUH, SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH :
PEMAKLUMAN TERKINI UTM 2 OKTOBER 2020 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN PELAJAR LAMA SEMESTER 1 2020/2021
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQs) BERKAITAN SESI SEMESTER 2020/2021