Johor Bahru, 17 Julai 2014 – Fakulti Komputeran UTM pagi ini menjemput pihak Aqsa Syarif untuk mengadakan satu sesi Ceramah Isu Palestin bertajuk Ibrah & Perkongsian Dari Bumi Gaza, Palestin yang membincangkan berkenaan isu perjuangan Palestin dan keganasan oleh Zionis Israel yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.

 

Ceramah disampaikan oleh saudara Ahmad Daniel Sharudin yang merupakan seorang aktivis Aqsa Syarif ini menyentuh tentang sejarah isu Palestin, perkembangan terkini di Gaza, dan tindakan-tindakan yang seharusnya dilaksanakan bagi membantu Palestin.

 

Pengurusan fakulti serta pengurusan sesi ceramah yang dihadiri oleh para pensyarah, mahasiswa dan staf Fakulti Komputeran ini juga telah  melancarkan tabung kutipan derma/infaq kepada Palestin. Kutipan berjumlah RM 1,221.00 (tunai) dan seutas rantai emas yang telah diraih pada sesi ini telah diserahkan kepada wakil Aqsa Syarif yang hadir.

 

Bagi yang ingin menderma, tabung derma Palestin melalui Aqsa Syarif masih ada diletakkan di Pejabat Akademik, Fakulti Komputeran.

 

FC-aqsa syarif

(Dari kiri: )Prof. Madya Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir, En. Ahmad Daniel Sharudin (aktivis Aqsa Syarif), Prof. Madya Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Prof. Dr. Mohd. Aizaini Maarof dan Prof. Madya Dr. Muhammad Shafie Abd Latiff

source: UTMNewsHub