SELAMAT DATANG

Unit OSHE mengucapkan TAHNIAH kepada Prof Madya Dr Johan bin Sohaili yang telah memulakan tugasnya sebagai PENGARAH Unit OSHE UTM yang baru bermula pada 1 September 2014.

Facebook OSHE

Photo – 30 Okt 2014: Pada tarikh hari ini sehingga 05 November 2014 bermula FESKO Ke 53 @ Padang Kawad UTM. Khemah-khemah yang disediakan telah dipenuhi dengan barangan jualan, bahan bahan pameran dan sebagainya. Kebiasaannya pada tahun- tahun sebelum ini, Unit OSHE dan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah diperuntukkan satu khemah (berkongsi) untuk menjalankan aktiviti mana yang patut. Bagi PKU, peralatan bantu mula akan disedia dan ditempatkan di khemah tersebut spt, pengusung/strecher, kerusi roda dan sebagainya. Ia bertujuan sekiranya berlaku kecemasan peralatan ini dapat digunakan pada bila bila masa. Bagi Unit OSHE pula, khemah tersebut digunakan sebagai pejabat operasi bagi aktiviti pemantauan keselamatan tapak, tempat pengaduan tindakan dan keadaan yg tidak selamat/berbahaya, mengadakan 'drop box' untuk pelaporan insiden sepanjang pesta konvo dijalankan. TETAPI nampaknya penganjuran FESKO Ke 53 kali ini langsung diabaikan, tiada jemputan/pelawaan, tiada disediakan khemah yang dimaksudkan. Apakah pihak penganjur tidak memikirkan mengenai perkara perkara ini. Kita mahu sepanjang FESKO Ke 53 berlangsung, biarlah ia berlangsung dengan selamat dan sihat. Biarlah ia diadakan dengan menyediakan kemudahan perkhimatannya yang lengkap demi menjaga, melindungi pengunjung dan penggerai.

Photo – 30 Okt 2014: Monyet-monyet membuat gangguan di tempat letak kereta pelajar @ Blok U7, Kolej Perdana.

Photo – 30 Okt 2014: Unit OSHE memantau kerja dan memeriksa keselamatan tapak bagi kerja-kerja membaiki dan membina susur jalan dan "scupper drain" di jalan Lingkaran Ilmu.

More