PERUTUSAN NAIB CANSELOR SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1441H

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

  1. Pertamanya, Salam Aidiladha kepada semua warga UTM di mana jua anda berada. Marilah kita sama-sama mensyukuri segala limpah nikmat Allah swt dan dipertemukan kembali dengan bulan Zulhijah pada tahun ini, walaupun situasinya sangat berbeza dengan mengamalkan norma baharu.
  2. Risiko penularan COVID-19 masih ada dan kita masih belum boleh berasa selesa dalam situasi sekarang ini. Kes harian positif COVID-19 telah kembali kepada 2 digit. Pematuhan prosidur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan kerajaan harus diambil perhatian.
  3. Pada tahun ini, tiada jemaah daripada luar negara Arab Saudi yang dibenarkan melaksanakan ibadah haji. Walau bagaimanapun, kita patut bersyukur kerana kita masih dapat melaksanakan ibadah korban bersama umat Islam yang lain.
  4. Oleh yang demikian, rebut dan manfaatkan peluang yang tersedia ini dengan sebaiknya. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil iktibar daripada pengorbanan yang telah kita lalui sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula Mac lalu.
  5. Kepada yang pulang ke kampung sempena cuti panjang semasa Aidiladha ini, sentiasalah berwaspada dan berhemah dalam pemanduan. Bagi yang melaksanakan ibadah korban, diharapkan segala persiapan dan pelaksanaan ibadah korban berjalan lancar dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Semoga segala amal ibadah yang dirancang dapat ditunaikan dan diterima segala amal kebajikan kita.
  6. Untuk itu, sama-sama kita berusaha menzahirkan erti pengorbanan dalam setiap aktiviti harian. Kita perlu bersedia berkorban lebih lama dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19.
  7. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidiladha 1441 hijrah saya ucapkan kepada semua warga UTM khususnya yang beragama Islam. Moga kita dipelihara daripada ancaman penularan COVID-19 yang melanda kini.

Salam Aidiladha.

Wahid bin Omar
Naib Canselor

MESSAGE FROM THE VICE-CHANCELLOR IN CONJUNCTION WITH HARI RAYA AIDILADHA 1441H

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Good day,

  1. First of all, Salam Aidiladha to all UTM community wherever you are. Let us all be grateful for all the blessings of Allah swt and be reunited with the month of Zulhijah this year, even though the situation is very different by adopting new norms.
  2. The risk of COVID-19 transmission is still there and we still can not feel compleasent in the current situation. The positive daily case of COVID-19 has returned to 2 digits. We must always obey with standard operating procedures (SOPs) as set by the government should be taken into account.
  3. This year, no pilgrims from outside Saudi Arabia are allowed to perform the pilgrimage. However, we should be grateful because we can still perform sacrificial worship with other Muslims.
  4. Therefore, seize and take advantage of this available opportunity to the best of your ability. There are many lessons we can learn from the sacrifices we have gone through since the Movement Control Order (MCO) was implemented starting last March.
  5. For those who are return to hometown during Aidiladha holiday, always be vigilant and prudent in driving. For those who perform sacrificial worship, it is hoped that all preparations and implementation of sacrificial worship run smoothly by complying with the prescribed SOP. Hopefully all the planned acts of worship can be fulfilled and accepted by all our charitable deeds.
  6. For that, let us all strive to express the meaning of sacrifice in every daily activity. We need and willing to sacrifice longer in order to break the COVID-19 transmission chain.
  7. Finally, Happy Aidiladha Eid 1441 hijrah to all UTM community, especially Muslims. May we be protected from the threat of COVID-19.

Salam Aidiladha.

Wahid bin Omar
Vice-Chancellor

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!