Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera Warga UTM,

Seperti biasa, kita mulakan dengan mendoakan semoga seluruh warga UTM, ahli keluarga kita, sahabat handai dan seluruh warga Malaysia dan lain-lain negara yang menghadapi ancaman Covid-19 terpelihara dari musibah dan berada dalam keadaan sihat, tenang, dan sentiasa berjaga-jaga, dan sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

1.Hari ini genap 14 hari PKP Fasa 1 dikuatkuasakan. Dan esok bermula PKP Fasa 2. Semua kita merasai pelbagai masalah dan kekangan ketika melalui PKP.

2.Dalam kita melalui cabaran ini yang sangat berat ini, sangat wajar kita juga merenung, menginsafi dan bermuhasabah agar kesabaran kita juga diberi ganjaran. Pasti ada pengajaran besar disebalik musibah yang melanda seluruh pelusuk dunia ini.

3.Keadaaan di Malaysia yang jauh lebih baik daripada kebanyakan negara lain daripada segi jumlah jangkitan dan tahap kesulitan wajar juga disyukuri.

4.WFH bukan mudah. Semua kita mengalami pelbagai kekangan dan cabaran. Internet, akses kepada maklumat, dokumen dan sistem, sukar berbincang sesama rakan sekerja, kekangan di rumah; PKP melibatkan seluruh ahli keluarga, jadi urusan anak-anak dan keluarga juga menjadi sebahagian cabaran dalam WFH.

5.Seperti yang saya sebutkan dalam email-email yang lepas, kita memahami kekangan dan cabaran ini dan bukan UTM sahaja yang berdepan dengan isu ini.

6.UTM ada menyediakan sistem sokongan, khidmat kauseling, dan yang paling penting kebijaksanaan Ketua PTJ dan kesediaan kita mengatur urus WFH secara yang paling baik. Demi AMANAH, kita perlu lakukan yang terbaik. Bagi saya WFH memerlukan elemen INTEGRITY, FLEXIBILITY, CREATIVITY DAN CONNECTIVITY. InsyaAllah satu pertemuan dengan Ketua PTJ akan diadakan segera bagi memperbaiki apa saja kelemahan perlaksanaan WFH yang telah dikenalpasti melalui maklumbalas yang kami terima.

7.Kita maklum banyak persoalan juga diajukan kepada pengurusan antaranya bagaimana sekiranya PKP tidak berakhir pada 14 April. Bagi saya kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan dan mengambil pendekatan ‘preparing for the worst’.

8.Pada peringkat awal, kita melalui fasa kejutan dan mengambil masa penyesuaian. Setelah 2 minggu, ramai yang mula memahami pelbagai kaedah berkomunikasi secara online, dan saya yakin sekiranya PKP tidak berakhir (kita doakan PKP segera berakhir), kita boleh melakukan WFH secara lebih baik dan penambahbaikan khidmat sokongan yang lebih baik. Sekali lagi AMANAH menjadi pegangan kita. Apapun kekangan, kita lakukan yang terbaik insyaAllah.

9.Sebagai makluman, kita terus bergerak ke hadapan, membuat persediaan sebaiknya menghadapi fasa pasca Covid-19. Team Strategi dan Risiko sedang melihat agenda ini. Kita juga sedang membuat analisis menyeluruh kesan Covid-19 kepada plan tindakan UTM bagi 2020. Insha-Allah kita akan kongsikan maklumat ini pada masa yang sesuai.

10.Ketika ini UTM juga turut menyumbang dalam menyediakan face shield kepada hospital. Team kita ada membuat alat intubation yang diperlukan oleh hospital. Terimakasih kepada mereka yang terlibat dan CCIN. Maklumat lanjut ada dikongsi di FB UTM.

11.Mohon warga UTM mengikuti maklumat terbaru melalui email dan saluran lain seperti FB dan Laman Web UTM berkaitan Covid-19 (http://utm.my/covid19).

12.Warga UTM boleh juga memberi cadangan kepada PTJ masing-masing dan juga kepada pengurusan bagi menambahbaik apa sahaja agenda UTM.

Sekian terima kasih

‘Stay safe, stay healthy, and keep on praying’

Wahid Omar

36, TSPP

(Day 14 WFH)

drwahid@utm.my

– – –

Assalamu’alaikum,

As always, we begin by praying that all UTM community, family members, friends and all Malaysians and other countries facing the threat of Covid-19 are protected from calamity and are in good health, stay calm and alert, and always obey the Movement Control Order (MCO).

1. Today marks the 14th day of MCO and tomorrow, Phase 2 will begin until 14 April 2020. All of us have experienced various problems and obstacles during this MCO.

2. As we face this very difficult challenge, it is very important that we also reflect, understand and reflect on our patience and reward. There must be a great lesson behind the misfortune that has plagued the whole world.

3. The situation in Malaysia is significantly better than other countries in terms of number of infection and the difficulties faced and this should be appreciated.

4. WFH is not easy. All of us face many obstacles and challenges. The Internet, access to information, documents and systems, difficult conversations with co-workers, constraints at home; the MCO involves the whole family, so the affairs of the children and the family are also part of the challenge in WFH.

5. As I mentioned in previous emails, we are aware of these obstacles and challenges, and UTM is not the only institutions facing this.

6. UTM provides the support system, counselling services, and most importantly the wisdom of the Head of PTJs and our willingness to best manage WFH. For the sake of TRUST, we need to give our best. For me WFH needs elements of INTEGRITY, FLEXIBILITY, CREATIVITY AND CONNECTIVITY. InshaAllah, God Willing, a meeting with Head of PTJs will be held soon to rectify any weaknesses in the implementation of WFH identified through the feedback we received.

7. We are aware that many questions have also been raised to the management including what if the MCO does not end on April 14? We have to be ready for everything and prepare for the worst.

8. In the early stages, we were shocked and took time to adjust. After 2 weeks, many have understood the various ways of communicating online, and I am confident that if the MCO does not end (we hope the MCO will end), we can do a better WFH and better support services. Once again TRUST is what we hold. Regardless of the constraints, we will do our best, Insha-Allah.

9. Nevertheless, we are moving forward, preparing to face the post-Covid-19 phase. The Strategy and Risk Team is looking at this agenda. We are also conducting a comprehensive analysis of the effects of Covid-19 on UTM’s action plan for 2020. Insha-Allah we will share this information at an opportune time.

10. At present, UTM also contributes by providing face shield to hospitals. Our team has also created the intubation tools needed by the hospitals. Thank you to everyone involved and CCIN. Some of this information has been shared on UTM Official FB.

11. To all UTM community, please keep up to date with e-mails and information in other channels such as FB and Covid-19’s UTM-related Website (http://utm.my/covid19).

12. UTM community can also give suggestion and recommendation to their respective PTJs and management to improve any of UTM agenda.

Thank you.

‘Stay safe, stay healthy, and keep on praying’

Wahid Omar |

36, TSPP

(Day 14 WFH)

drwahid@utm.my

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!