Day 10 (27 Mac 2020) – Jumaat – Johor Cuti Hujung Minggu

Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera Warga UTM,

Seperti biasa, pertamanya sama-sama kita mendoakan semoga seluruh warga UTM, ahli keluarga kita, sahabat handai dan seluruh warga Malaysia dan lain-lain negara yang menghadapi ancaman Covid-19 terpelihara dari musibah dan berada dalam keadaan sihat, tenang, dan sentiasa berjaga-jaga, dan sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  1. Team Task Force Covid-19, terutamanya team PKU, masih dalam keadaan ‘high alert’ menguruskan risiko Covid-19 di UTM.
  2. Kita mematuhi sepenuhnya SOP KKM. Setiap maklumat akan terus diambil tindakan segera. PKU dan PKD akan bekerjasama dalam membuat jejakan dengan pejabat Pendaftar. Setiap individu akan dihubungi, tanpa kita boleh mendedahkan identiti mereka secara terbuka.
  3. Ketika ini antara keutamaan kita ialah kebajikan pelajar. Pelajar yang tinggal dalam kampus dan pelajar yang tinggal luar kampus termasuk pelajar antarabangsa.
  4. Kerajaan memberi peruntukan makan pagi, tengahari dan malam kepada mereka dalam tempoh PKP.
  5. Bagi memudahkan pengurusan, makanan hanya disediakan kepada pelajar dalam kampus. Pelajar luar kampus akan diberi bayaran tunai (nilai yang sama dengan makanan). Maksud pelajar luar kampus yang layak adalah mereka yang bukan penduduk tetap berdekatan kampus.
  6. Apa yang saya ingin kongsi ialah kerja keras team yang menguruskan makanan dan kebajikan pelajar. Team ini bekerja setiap hari dan tidak kira masa dan mengambil risiko yang tinggi.
  7. Mereka juga mempastikan bekalan barang-barang keperluan pelajar sentiasa mencukupi dengan harga yang standard di sediakan oleh kedai-kedai dalam kampus.
  8. Antara team yang terlibat secara langsung ialah HEP, TNCP, Keselamatan, PKU, dan UTM-International. Terbukti team kita sangat bersinergi dalam melaksanakan tugasan ini demi kebajikan pelajar. Setinggi penghargaan kepada team ini dan seluruh warga UTM yang juga terlibat secara tidak langsung.
  9. Kita juga faham ada pelajar yang berasa bosan dan tertekan dengan situasi ketika ini. Keadaan ini dirasakan oleh semua warga UTM.
  10. Pihak HEP diminta melihat perkara ini dan berbincang dengan pelajar apakah pilihan yang boleh kita laksanakan bagi mengatasi keadaan ini. Apa-apa aktiviti yang tidak ada risiko dan mematuhi SOP PKP mungkin boleh dilaksanakan.
  11. Apapun kita berharap pelajar kita mampu bersabar demi kebaikan bersama. Lebih banyak kita bersabar, saya yakin lebih cepat kita boleh kembali ke keadaan normal.
  12. Mohon warga UTM mengikuti maklumat terbaru melalui email dan saluran lain seperti FB.
  13. Warga UTM boleh juga memberi cadangan kepada PTJ masing-masing dan juga kepada pengurusan jika ada cadangan yang boleh dilaksanakan.

Sekian, terima kasih.
‘Stay safe’

Wahid.

36, TSPP.
(Day 10 WFH)

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!