Select Page

DANA R.U

Pusat Pengurusan Makmal Universiti
UTM

DANA NAIK TARAF MAKMAL/ AKREDITASI MAKMAL

Dana RU untuk naik taraf makmal dan akreditasi diperkenalkan dalam usaha universiti membantu makmal-makmal penyelidikan memperkasakan fungsi makmal agar dapat membantu dalam aktiviti penyelidikan dan perundingan. ini bertujuan untuk menaik taraf makmal agar dapat mengembang dan mengukuhkan aktiviti penyelidikan dan perundingan dengan mengoptimumkan kemudahan makmal penyelidikan yang sediaada dalam membantu universiti mengekalkan status RU dan menjana pendapatan melalui aktiviti- aktiviti penyelidikan. Dua dana diperkenalkan iaitu Dana naik taraf Makmal dan Dana akreditasi makmal. Output daripada dana yang diperuntukan ini diharap dapat menyumbang kepada pencapaian KPI universiti penyelidikan.

BORANG PERMOHONAN

(Permohonan perlu mengemukakan email untuk maklumat lanjut)

DANA CAS ANALISIS MAKMAL

Dana Universiti Penyelidikan (RU) untuk Caj Analisis Makmal (DCAM) diperkenalkan dalam usaha universiti untuk membantu penyelidik yang telah mempunyai penyelidikan semasa tetapi tidak mempunyai sebarang geran atau sumber kewangan agar dapat meneruskan ujian/persampelan/analisis di makmal UIRL. Bagi memastikan kelestarian penyelidikan di UTM, DCAM juga dipertimbangkan untuk penyelidik yang mempunyai geran penyelidikan yang hampir tamat dengan baki yang tidak mencukupi. Melalui dana ini, penyelidik dapat menanfaatkan sumber yang ada untuk memastikan penyelidikan mereka mencapai obkjektif yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia Dana

Unit Kewangan

Pusat Pengurusan Makmal Universiti

Universiti Teknologi Malaysia

Tel: 0177523803 (Shamsul Azli)

Email: shamsulazli@utm.my

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!
Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial