TENTANG KAMI

Penubuhan

Nama asal Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis (CCSL) ialah Pusat Kokurikulum. Pusat ini telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1992 untuk mengendalikan penawaran kursus kokurikulum berkredit kepada semua mahasiswa yang mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa berikutan dengan kursus kokurikulum telah menjadi syarat untuk pengijazahan. Mahasiswa UTM yang mengikuti program Diploma disyaratkan mengambil dan lulus satu kredit kursus kokurikulum sementara mahasiswa yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda disyaratkan mengambil dan lulus dua kredit kursus kokurikulum bagi memenuhi syarat untuk pengijazahan. Penawaran kursus kokurikulum berkredit oleh Pusat Kokurikulum telah dimulakan pada Semester I, sesi pengajian 1992/1993 (Julai 1992)

Pentadbiran

Pada peringkat awal, Pusat Kokurikulum beroperasi di bawah pentadbiran Canselori dengan menumpang ruang pejabat, Pejabat Hal Ehwal Korporat. Pada 15 September 1997, Pusat Kokurikulum telah berpindah ke bangunan sendiri di Blok L52 namun masih di bawah pentadbiran Canselori. Berikutan dengan penstrukturan semula pentadbiran Canselori, Pusat Kokurikulum telah dipindahkan di bawah pentadbiran Timbalan Naib Canselor (Akademik) berkuat kuasa mulai 1 April 2009 dan dijenamakan semula sebagai Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum (CGCC). Pertukaran nama CGCC kepada CCSL berlaku pada tahun 2014 berikutan dengan penyusunan semula unit-unit di bawah pentadbiran Timbalan Naib Canselor (Akademik). Dalam penyusunan semula tersebut, CCSL telah menjadi unit di bawah pentadbiran Pusat Pengajian Prasiswazah.

 

Matlamat

Untuk menggalakkan interaksi dalam kalangan mahasiswa dalam usaha untuk membantu Universiti melahirkan graduan yang boleh menyesuaikan diri dan bekerjasama.

 

Objektif

1.         Memberikan peluang kepada mahasiswa untuk menyertai kursus kokurikulum berdasarkan minat, bakat dan keupayaan masing-masing.
2.         Melatih mahasiswa tentang aspek perancangan dan pelaksanaan sebagai pengetahuan berguna yang dapat melengkapkan diri mereka sebagai pemimpin generasi yang serba boleh pada masa hadapan.
3.         Mendedahkan mahasiswa kepada semangat bekerjasama dan boleh bekerja dalam satu pasukan.
4.         Memberikan pendedahan kepada mahasiswa tentang isu-isu penting berkaitan dengan pembangunan negara melalui penglibatan bersama komuniti dan alam sekitar dalam projek khidmat komuniti.
5.         Memenuhi hasrat Universiti untuk membangunkan sahsiah mahasiswa bagi melahirkan masyarakat berilmu, bermoral, berdedikasi, bertanggungjawab dan berdikari.