PENGENALAN

Latar Belakang Pelaksanaan Kursus Umum Baharu Universiti

Matapelajaran Pengajian Umum (MPU) terhasil berikutan wujud persoalan berkaitan matapelajaran wajib yang telah diperkenalkan di Institusi Pendidikan Tinggi  (IPT) iaitu :

  1. Wacana di akhbar berkaitan lunturnya semangat patriotisme dalam kalangan pelajar IPT;
  2. Ketidakseragaman pengajaran mata pelajaran kursus wajib antara IPTA dan IPTS
  3. Pelajar bukan warganegara telah menyuarakan hasrat untuk mempelajari pengalaman Malaysia mencorak pembangunan masyarakat dan negara yang harmoni, stabil dan maju;
  4. Kurikulum matapelajaran wajib (MPW) sedia ada telah dilaksanakan sejak tahun 1996 dan sudah tiba masanya untuk disemak dan dinilai semula

Di samping itu, perancangan akademik masa kini mencadangkan agar pengajian umum diperkembangkan dengan mengambil kira aspek penataran ilmu seperti kemahiran berkomunikasi, ketrampilan, penghayatan nilai-nilai murni dan sejarah serta pendedahan kepada bidang pengetahuan umum yang lebih luas. Hal ini termasuklah pendedahan kepada bidang baharu seperti seni, falsafah dan bahasa asing. Perubahan ini selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 iaitu melahirkan siswazah yang berfikiran luas, seimbang dan holistik.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan Silibus Matapelajaran Pengajian Umum (MPU 2.0) pada September 2016 untuk dilaksanakan sepenuhnya di peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil di semua Institut Pendidikan Tinggi (IPT). Berdasarkan silibus tersebut, kursus umum di institut pengajian tinggi adalah terbahagi kepada empat (4) kelompok iaitu:

 

U1 : Penghayatan Falsafah, Nilai dan Sejarah
U2 : Penguasaan Kemahiran Insaniah
U3 : Perluasan Ilmu tentang Malaysia
U4 : Kemahiran Pengurusan Masyarakat yang bersifat praktikal seperti khidmat masyarakat dan kokurikulum

 

Tujuan MPU diperkenalkan adalah seperti berikut :

  1. Penyelarasan mata pelajaran wajib kepada MPU di IPT
  2. Pembinaan negara bangsa
  3. Penguasaan dan peluasan kemahiran insaniah
  4. Pengukuhan dan peluasan pengetahuan di Malaysia
  5. Pengaplikasian kemahiran insaniah

Struktur MPU melibatkan pelaksanaan di peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil. Pelajar diwajibkan lulus dan melengkapkan kelompok U1, U2, U3 dan U4 sebagai syarat untuk menamatkan pengajian. Jadual 1 menunjukkan perincian struktur pelaksanaan MPU.

Jadual 1 Struktur pelaksanaan MPU (Kementerian Pendidikan Tinggi, 2016)

 

Pelaksanaan MPU dikecualikan kepada program berikut :

  1. Program akademik peringkat sarjana dan kedoktoran
  2. Kursus jangka pendek
  3. Program bukan penamat (non-terminal) seperti matrikulasi
  4. Program asasi (foundation)
  5. Kursus profesional dan ikhtisas (contoh : ACCA), bagi pelajar yang telah mengambil kursus MPU di peringkat pengajian terdahulu, dan
  6. Pemberian pengecualiaan MPU adalah tertakluk kepada peruntukan dalam Akta yang perlu dipatuhi oleh IPT masing-masing

 

Bagi Kelompok U1, pelaksanaan kursus merupakan dasar KPT untuk dilaksanakan di semua IPT. Jadual 2 menunjukkan pelaksanaan Kelompok U1. Manakala, Jadual 3 menunjukkan pelaksanaan kelompok U2, U3 dan U4.

 

Jadual 2 Pecahan jenis kursus U1 mengikut pelajar warganegara, pelajar bukan warganegara dan bahasa ppengantar kursus

Jadual 3 Pelaksanaan kelompok U2, U3 dan U4