Sistem MY e-Portfolio UTM

SISTEM MY e-PORTFOLIO UTM

+++ Pengguna (Pelajar/Pensyarah/Staf) perlu mengakses Sistem MY e-Portfolio ini melalui portal my.utm.my dengan menggunakan akaun Acid UTM masing-masing.

 

MENGAPA PERLUNYA SISTEM MY e-PORTFOLIO?

 

SISTEM MY e_PORTFOLIO MULA DIPERKENALKAN DI PERINGKAT NASIONAL

  • Dilancarkan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 26 Oktober 2017 bertempat di Auditorium Putra, Fakulti Kejuruteraan, UPM Serdang.
  • 5 Universiti Awam (UA) menjadi perintis penggunaan sistem MY e-Portfolio peringkat Nasional iaitu UTM, UPM, UKM, UiTM dn UIA. Kelima-lima UA ini telah telibat secara langsung semasa perasmian dengan memaparkan sistem e-portfolio yang dibangunkan kepada tetamu-tetamu yang hadir yang terdiri daripada wakil-wakil UA Malaysia, Kementerian, pelajar dan pensyarah UA dan juga pihak Industri.
  • Pada Amanat Tahun Baharu 2018 yang diadakan pada 12.1.2018 di PICC Putrajaya, YB Menteri telah mengarahkan supaya setiap UA dan IPT mewujudkan sistem e-Portfolio ini dan mengintegrasikan e-Portfolio masing-masing dengan sistem iCGPA.