UGS mengambil inisiatif dalam memberi perkhidmatan yang terbaik buat pelajar. Tujuan program ini diadakan adalah seperti berikut :
1.Menyediakan pelajar dengan kemahiran serta strategi yang diperlukan untuk menjadi pelajar yang berdikari (self-regulated learners) dan cemerlang.
2.Menyediakan kursus/bengkel dan membangunkan modul yang diperlukan untuk kemahiran dan strategi belajar pengajian tinggi untuk pelajar
Bermula sesi 2014/2015, tiga (3) program utama Strategi Pembelajaran telah dilaksanakan iaitu :
a) Pembangunan Pelajar Cemerlang Ekspres MARA UTM
b) Bengkel Strategi Pembelajaran
c) Program Lunch & Learn (Take Your Professor to Lunch)