Coaching@UGS

COACHING @UGS UTM

A. Mengenai Coaching@UGS
– Program Coaching adalah merupakan proses membina kembali jati diri seseorang bagi menyedarkannya akan potensi sebenar diri, di mana kedudukan mereka dalam hidup, matlamat hidup dan cara untuk mencapai matlamat itu.
– Hubungan erat yang terjalin antara pelajar dan coach (penasihat) melalui sesi coaching secara interaktif mampu mentransformasi diri pelajar agar lebih cemerlang.
– Di dalam proses coaching, pelajar akan dilatih berfikir sendiri tanpa sebarang campur tangan . Coach tidak menasihati, sekadar mengajukan soalan yang bertepatan dan mendengar dengan teliti apa jawapan yang diberikan.

B. Modul Coaching@UGS yang ditawarkan untuk sesi 20172018
1. Kemahiran Belajar Di Universiti
2. Coaching Kendiri Dan Hala Tuju
3. Coaching Time Is Running Out (Pengurusan Masa Yang Efektif)

C. Bagaimana Coaching@UGS boleh membantu anda?
1. Membantu pelajar meneroka kehebatan dan potensi diri.
2. Mempertingkatkan kefahaman dan kemampuan diri untuk menjadi lebih bijaksana, bertanggungjawab dan sedar akan kesan langsung terhadap tindakan yang dipilih dan diambil.
3. Mengatur keutamaan diri agar lebih harmoni, bijak dan adil dalam menjayakan matlamat kehidupan yang ingin dicapai.
4. Mempertingkat kemampuan kemahiran interpersonal, keyakinan serta motivasi yang berterusan dalam mengatasi sebarang kekangan dan halangan yang dihadapi.

D. Model Coaching@UGS
G – Goal – Matlamat Anda
R – Reality – Realiti Kini
O – Option – Pilihan
W – Way Forward – Selangkah ke depan

E. Siapa yang harus hadir?
1. Pelajar yang ingin meningkatkan potensi diri/minda dalam kecemerlangan akademik.
2. Pelajar yang ingin mempertingkatkan tahap keyakinan serta motivasi diri agar lebih konsisten, fokus dan berdaya saing.
3. Pelajar yang ingin membina personaliti diri yang dinamik.
4. Pelajar yang beriltizam untuk meneroka keajaiban interaksi minda, emosi dan spritual yang mampu menjayakan transformasi secara fizikal dan nyata.

Sekiranya berminat, pelajar/pensyarah boleh menghubungi Penolong Pendaftar Kanan UGS, EN. NURUL AMRIE BIN ABDULLAH (07-5536384) atau emel nurulamrie@utm.my untuk pendaftaran.