Keunggulan Terbilang (Versi Bahasa Melayu)

Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendiakawan beriman
Cekal bersama takwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman
Perjuangan
Takwa dan iman

Ke arah kecemerlangan
Pengajaran penyelidikan
Penulisan perundingan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa