Bantuan Kewangan

Unit Bantuan Kewangan Mahasiswa merupakan pusat penyelarasan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa, pinjaman, dermasiswa dan pinjaman tabung kewangan universiti.  Unit  ini juga bertanggungjawab menguruskan pengiklanan tawaran, mengatur temuduga, membuat notis pemberitahuan mengenai biasiswa/pinjaman, mengedar borang-borang permohonan dan mengemukakan surat-surat permohonan dan dokumen perjanjian yang telah lengkap kepada penganjur-penganjur berkaitan. Bantuan kewangan mahasiswa di Universiti ini terdiri daripada empat kategori utama iaitu:
  1. Biasiswa Pelajaran (termasuk Biasiswa Endowmen UTM)
  2. Pinjaman Pelajaran
  3. Dermasiswa/Out-right-grant
  4. Pinjaman Tabung Kewangan Universiti
Sumber-sumber kewangan mahasiswa di Universiti adalah terdiri daripada empat kategori utama iaitu:
  1. Agensi-Agensi Kerajaan
  2. Badan-Badan Berkanun
  3. Pihak Swasta
  4. Yayasan/Pertubuhan
Agensi Bantuan Kewangan Mahasiswa
Agensi Bentuk Bantuan Peringkat Kursus yang Ditaja Kadar Bantuan Setahun*
Kerajaan/ Badan Berkanun Biasiswa Diploma Sarjana Muda RM 2,500.00-RM 5,000.00 RM 4,500.00-RM 10,000.00
Kerajaan Negeri/Yayasan Negeri Biasiswa dan Pinjaman Mahasiswa Diploma Sarjana Muda RM 2,000.00-RM 4,000.00 RM 3,000.00-RM 7,000.00
Swasta Biasiswa dan Pinjaman Mahasiswa Diploma Sarjana Muda RM 3,000.00-RM 5,000.00 RM3,000.00-RM 10,000.00
Yayasan/Pertubuhan Dermasiswa, Biasiswa dan Pinjaman Mahasiswa Diploma Sarjana Muda RM 5000.00 – RM 8,000.00 RM 6,000.00-RM 10,000.00

*kadar ini berubah dari semasa ke semasa mengikut ketetapan agensi/penganjur