Alumni

UTM Alumni telah ditubuhkan pada 1 April 1996 dibawah Pusat Tanggung Jawab Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni. Unit ini berfungsiuntuk menjalinkan hubungan yang berterusan dalam bentuk profesional dan sosail di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Alumni UTM. Perhubungan ini juga diharap akan dapat memupuk rasa kepunyaan dan kecintaan kepada UTM  secara berterusan di kalangan para Alumni.

Moto

Alumni Pewaris Kepimpinan

 

Visi

Menjalin, memperkembangkan dan memantapkan interaksi antara Alumni dan UTM untuk membantu UTM mencapai matlamatnya.

 

Misi

Mewujudkan rangkaian perhubungan yang berfungsi untuk menjalinkan perhubungan dalam kalangan Alumni dan UTM

 

Objektif

  • Mengumpulkan dan mengemaskini database Alumni UTM
  • Mewujudkan hubungan yang berkekalan antara Alumni dengan UTM
  • Menyebarkan maklumat dan berita mengenai Alumni dan UTM
  • Memupuk rasa kepunyaan yang berterusan dalam kalangan Alumni
  • Menarik minat, sokongan dan kerjasama daripada Alumni kepada UTM melalui aktiviti seperti reunion, homecoming, seminar, makan malam, sukan dan sebagainya
  • Memberi pengiktirafan kepada Alumni yang telah berjaya dalam kerjaya, terlibat dalam aktiviti masyarakat dan berjasa kepada negara dan dunia
  • Menjana pendapatan untuk Tabung Endowmen Alumni UTM

 

Takrif Alumni UTM

Keahlian Alumni adalah automatik setelah disahkan mahasiswa/i bergraduat. Namun demikian Alumni UTM perlu menghubungi Pejabat Unit Perhubungan Alumni atau melayari portal Unit Perhubungan Alumni di alumni.utm.my untuk mengemaskini data peribadi. Keahlian Alumni dibahagikan kepada 2 kategori iaitu :

  • Ahli – Lulusan daripada Maktab Teknik (ITC), Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) dan UTM dari peringkat Diploma hingga ke peringkat Doktor Falsafah
  • Ahli Bersekutu – Graduan dari program kerjasama dengan UTM yang diiktiraf oleh Senat UTM, staff UTM yang bukan graduan UTM dan individu secara jemputan yang boleh menyumbang kepada alumni UTM dari segi kewangan, khidmat, idea dan sebagainya.

 alumni2

Facebook : UTM Alumni

Website : http://www.utmalumni.my