Tabung Pinjaman

(I) Skim Tabung Bantuan Kewangan Semasa Universiti

Kelulusan dan Keutamaan

Kemudahan pinjaman di atas hanya boleh diberi setelah Jawatankuasa Tabung Pinjaman meneliti kesemua kes dan berpandukan kepada fakta, perakuan, rayuan, dan keterangan yang diberikan. Keutamaan diberikan kepada mahasiswa yang menghadapi masalah kewangan dengan tujuan mengatasi keperluan-keperluan penting seperti bayaran yuran pelajaran dan asrama. Mahasiswa yang mempunyai penaja tidak digalakkan membuat pinjaman dalam skim ini. Kelulusan juga tertakluk kepada kedudukan kewangan semasa Tabung Pinjaman.

1) Tabung Pinjaman Jangka Panjang

a) Khusus kepada mahasiswa Kanan Tiada Penganjur

b) Nilai pinjaman – Minimum RM 500.00, Maksimum RM 1,200.00

c) Cara Pembayaran:

(i) Pinjaman Bayar Balik – Ansuran mulai bulan pertama dalam semester tersebut, atau

(ii) Potongan melalui biasiwa/pinjaman yang diperolehi dalam pengajian.

2) Tabung Pinjaman Jangka Pendek

a) Khusus kepada Mahasiswa Kanan Berpenganjur

b) Nilai pinjaman – Maksima RM 500.00

c) Cara Pembayaran:

(i) Pinjaman Bayar Balik: Ansuran mulai bulan pertama dalam semester tersebut, atau

(ii) Potongan melalui biasiswa/ pinjaman yang diperolehi dalam pengajian.

 3) Tabung Pinjaman Sementara

a) Ditawarkan khusus kepada:

(i) Mahasiswa Kanan Berpenganjur dan Mahasiswa Tahun Pertama yang belum menerima bayaran/lambat menerima bayaran penajaan

b) Nilai pinjaman – Maksima RM 500.00

c) Cara Pembayaran:

(i) Pinjaman Bayar Balik: Potongan melalui biasiswa/pinjaman yang diperolehi dalam  pengajian.

(II)  Biasiswa Istimewa Untuk Mahasiswa Terpilih Di UTM

Biasiswa Endowmen UTM 

Nilai biasiswa yang ditawarkan adalah RM 12,000.00 setahun

Kelayakan permohonan; 

-Lulus dalam STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya A dalam matapelajaran Sains atau Matematik bagi STPM; atau

-Mendapat PNGK > 3.75 bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada Pusat-pusat Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia atau Asasi Sains

-Keutamaan akan diberikan kepada pelajar cemerlang dalam Bahasa Inggeris, Matematik dan Kokurikulum

-Pemohon memasuki tahun pertama dan mengikuti pengajian sepenuh masa bagi Program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi pengajian yang ditawarkan

-Pemohon tertakluk kepada Terma dan Syarat Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia

-Lulus dalam temuduga pemilihan yang akan dijalankan (jika ada)