KETERANGAN PROGRAM
Perkara Keterangan Program
Nama Program Majlis Anugerah Budi Kencana Jabatan TNC (HEP) 2021
Tarikh / Hari Cadangan Tarikh : 9 Disember 2021 (Khamis)
Bilangan Kategori Anugerah 16 Anugerah
Jumlah Keseluruhan Hadiah 139 Hadiah
Penglibatan Semua Staf UTM JB & KL (247 orang)
Tempat Secara Dalam Talian (Aplikasi WEBEX)
Tema Pakaian (Umum) (i)Masquerade Mask ()
Tema Pakaian (Pemenang Anugerah dan APC) Pakaian Formal Pejabat dan Berkot (muat naik ke Gdrive) dan pada hari program
Tahun Penilaian Anugerah 2019 & 2020
Kaedah Hadiah Wang Tunai dan Sijil Penghargaan (Berdasarkan Kategori)
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

ATUR CARA
Masa Keterangan Atur Cara
7.45 pagi

Pendaftaran Penerima / Finalis Anugerah

Ketibaan Para Jemputan

Ketibaan YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin

(Timbalan Naib Canselor (HEP))

Bacaan Doa

Ucapan Aluan Encik Arman bin Md Yasin

(Ketua PentadbiranJabatan TNC (HEP)) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk

 

Ucapan oleh YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin

(Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar))

 

Sesi Penyampaian Anugerah:

Anugerah Sinar Permata (Staf Cemerlang)

Anugerah Kelisa Emas (Pengetua Cemerlang)

Anugerah Bintang Kejora (Felo Cemerlang)

Anugerah Cenderawasih (Atlet Wanita)

Anugerah Harimau Kumbang (Atlet Lelaki)

Anugerah Pelita Budi (Bakti & Kemasyarakatan)

Anugerah Jauhar (Sinergi Terbaik)

Anugerah Berlian (Digital, IT dan Pemasaran)

Anugerah Bima Sakti (Kelestarian)

 

1.00 petang

Persembahan Selingan

Cabutan Bertuah

Sesi Penyampaian Anugerah (sambungan)

 

Anugerah Bunga Tanjung (Perkhidmatan Pelanggan dan Barisan Hadapan Terpuji)

Anugerah Bintang Harapan (Inovasi Individu)

Anugerah Bintang Harapan (Inovasi Kumpulan)

Anugerah Pertiwi (OSHE)

Anugerah Kaizen (Kualiti dan Penambahbaikan Berterusan)

Anugerah Sinar Mutiara (Kehadiran Terbaik)

Anugerah Seungkai Kasih, Limpahan Budi (Staf yang telah bersara)

Anugerah Keris Sakti (Khas TNC (HEP))

Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Panel Penilai

 

Cabutan Bertuah

Bersurai

 

SENARAI ANUGERAH

JENIS ANUGERAH & KRITERIA PENILAIAN
JENIS ANUGERAH KRITERIA PEMILIHAN

1. ANUGERAH SINAR PERMATA

(Perkhidmatan Cemerlang)

Anugerah ini diberikan kepada staf Jabatan TNC (HEP) berdasarkan:-

1. Markah ELNPT sekurang-kurangnya 90% ke atas selama 3 tahun berturut-turut;

2. Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun berturut-turut di Jabatan TNC (HEP) 3. Tidak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun semasa;

4. Tidak menerima kenaikan pangkat pada tahun semasa; dan

5. Penerima APC untuk tahun 2019 TIDAK LAYAK menerima APC untuk 2020.

NOTA: Tertakluk kepada perubahan.

2. ANUGERAH KELISA EMAS (Pengetua Cemerlang)

Anugerah ini diberikan kepada Pengetua yang mempunyai nilai-nilai terpuji berdasarkan:

1)Mengadakan program yang mempunyai impak tinggi kepada pembangunan pelajar;

2)Tempoh berkhidmat sebagai Pengetua juga turut diambil kira;

3)Sentiasa mudah berurusan dengan Pelajar pada setiap ketika dan sepanjang masa dan waktu; dan

3)Mempunyai nilai empati, boleh menjadi pembimbing dan kaunselor kepada Pelajar.

3. ANUGERAH Bintang Kejora (Anugerah Felo Cemerlang)

Anugerah ini diberikan kepada Felo Kolej Kediaman yang layak berdasarkan:

1)Sumbangan dalam program yang mempunyai impak tinggi kepada pembangunan mahasiswa untuk tahun 2019 & 2020;

2)Penglibatan dalam aktiviti Institusi Pembangunan Felo (IPF) diambil kira;

3)Tempoh berkhidmat sebagai Felo diambil kira; dan

4)Tiada aduan daripada pelajar yang menjejaskan nama baik Jabatan TNC (HEP).

    4. ANUGERAH Bintang Harapan

    (Anugerah Inovasi Individu & Kumpulan)

     

    1) Anugerah individu ini dikhaskan kepada individu yang cemerlang dalam mencipta/membangunkan inovasi yang dapat dimanfaatkan di peringkat jabatan, Universiti atau nasional untuk tahun 2019 & 2020.

    2) Anugerah kumpulan ini pula dikhaskan kepada mana-mana kumpulan di Jabatan TNC (HEP) yang telah menunjukkan usaha dan daya prakarsa yang mengkagumkan dalam membaiki aspek tadbir urus kearah yang lebih baik dan dapat melicinkan pengurusan ke tahap yang membanggakan dengan penciptaan idea-idea baharu yang memberi implikasi positif kepada dalam dan luar kampus yang dapat dimanfaatkan di peringkat jabatan, universiti atau nasional untuk tahun 2019 & 2020.

    SYARAT/KELAYAKAN

    Staf Jabatan  HEP

    Inovasi yang dilaksanakan pada tahun 2020 yang belum pernah dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi Jabatan  sebelum ini.

    Inovasi telah didaftarkan dengan Jawatankuasa Inovasi Jabatan TNC(HEP) 

    KRITERIA PENILAIAN DAN PEMARKAHAN

    Garis Panduan Anugerah Inovasi adalah seperti berikut:

    • Kreativiti
    • Efisien dan keberkesanan kos
    • Signifikan
    • Replicability
    • Potensi perlaksanaan; dan
    • Komitmen pengurusan atasan.
    • Individu/kumpulan yang berjaya menghasilkan inovasi berdasarkan kepada :
    • Faedah kepada jabatan & Universiti
    • Peningkatan produktiviti, imej organisasi & kepuasan pelanggan.
    • Keberkesanan kos.

    Penilaian adalah berdasarkan inovasi yang dihasilkan iaitu sama ada dalam bidang kerja teknikal atau inovasi dalam bidang kerja pentadbiran dan memberi faedah jelas dari segi peningkatan kualiti dan produktiviti bahagian/unit.

     

    5. ANUGERAH JAUHAR  (Sinergi)

     

    Anugerah ini diberikan kepada PTj luar yang paling banyak membantu Jabatan TNC (HEP) di dalam aktiviti Pembangunan Pelajar, sentiasa positif dalam berurusan dan bekerjasama serta mempunyai nilai-nilai terpuji apabila berurusan dengan Jabatan tersebut bagi tahun 2019 dan 2020.

     

    6. ANUGERAH Keris Sakti

    (Anugerah Khas TNC (HEP))

     

    Anugerah ini dikhaskan kepada staf/kumpulan Jabatan TNC (HEP) berdasarkan:-

    1) Staf/kumpulan yang mempunyai daya kepimpinan yang versatil, komitmen tinggi, terampil, inovatif, kreatif, cemerlang dalam aspek kepimpinan, kemasyarakatan, kesukarelawan, kelestarian serta menjadi ikutan dan contoh warga kampus dan masyarakat sekitarnya termasuklah kepada staf Jabatan TNC (HEP).

    2) Anugerah ini juga merupakan penghargaan dan pengiktirafan terus oleh Timbalan Naib Canselor (HEP) kepada Pejabat/Bahagian yang telah memberi sumbangan dalam menaikkan imej organisasi melalui pencapaian dalam pelbagai aspek dan bidang yang dinilai.

     

    7. ANUGERAH Cenderawasih (P) (Anugerah Tokoh Sukan Wanita Terbaik)

     

    Anugerah ini dikhaskan kepada staf lelaki yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam arena sukan di dalam juga luar UTM untuk tahun 2019 & 2020 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

    (a) Individu yang bergiat aktif dalam sukan yang diceburi sebagai individu yang dapat menaikkan mutu sukan berkenaan dan mengharumkan nama PTJ, Universiti, Negeri dan Negara.

    (b) Mempunyai sifat-sifat kecemerlangan dalam sukan misalnya disiplin, dedikasi, kewibawaan dan peribadi yang boleh dicontohi.

    (c) Menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pertandingan peringkat PTJ, Universiti, negeri, kebangsaan atau antarabangsa bagi tahun yang berkenaan dan mempunyai sifat-sifat kecemerlangan dalam sukan.

    TAMBAHAN:

    • Syarat Utama MESTI menyertai/mewakili Jabatan (kecuali acara sukan yang disertai tiada dalam UTM)
    • Penyertaan dalam sukan pada tahun ____
    • Setiap acara sukan dan pencapaian MESTILAH disertakan dengan bahan bukti (contoh: Sijil, surat dll ) pada tahun tersebut
    • Olahragawan dan Olahragawati pada tahun sebelumnya tidak boleh dinobatkan sebagai pemenang anugerah. Walau bagaimanapun, boleh dicalonkan dan layak menerima anugerah penghargaan.
    • Pencalonan boleh dilaksanakan dengan kaedah :

    1.Pencalonan sendiri

    2.Pencalonan oleh jabatan

    3.Pencalonan oleh rakan

    4.Pencalonan oleh pihak-pihak tertentu

    KRITERIA PENILAIAN:

    Penilaian/pemarkahan adalah berdasarkan pencapaian individu dalam acara sukan bagi tahun ____

    • Penyertaan Peringkat Jabatan
    • Pencapaian Peringkat UTM
    • Pencapaian Peringkat Negeri/Zon
    • Pencapaian Peringkat Institut Pengajian Tinggi
    • Pencapaian Peringkat Kebangsaan
    • Pencapaian Peringkat Antarabangsa

     

    8. ANUGERAH Harimau Kumbang (L) (Anugerah Tokoh Sukan Lelaki Terbaik)

     

    Anugerah ini dikhaskan kepada staf lelaki yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam arena sukan di dalam juga luar UTM untuk tahun 2019 & 2020 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

    (a) Individu yang bergiat aktif dalam sukan yang diceburi sebagai individu yang dapat menaikkan mutu sukan berkenaan dan mengharumkan nama PTJ, Universiti, Negeri dan Negara.

    (b) Mempunyai sifat-sifat kecemerlangan dalam sukan misalnya disiplin, dedikasi, kewibawaan dan peribadi yang boleh dicontohi.

    (c) Menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pertandingan peringkat PTJ, Universiti, negeri, kebangsaan atau antarabangsa bagi tahun yang berkenaan dan mempunyai sifat-sifat kecemerlangan dalam sukan.

    TAMBAHAN:

    • Syarat Utama MESTI menyertai/mewakili Jabatan (kecuali acara sukan yang disertai tiada dalam UTM)
    • Penyertaan dalam sukan pada tahun ____
    • Setiap acara sukan dan pencapaian MESTILAH disertakan dengan bahan bukti (contoh: Sijil, surat dll ) pada tahun tersebut
    • Olahragawan dan Olahragawati pada tahun sebelumnya tidak boleh dinobatkan sebagai pemenang anugerah. Walau bagaimanapun, boleh dicalonkan dan layak menerima anugerah penghargaan.
    • Pencalonan boleh dilaksanakan dengan kaedah :

    1.Pencalonan sendiri

    2.Pencalonan oleh jabatan

    3.Pencalonan oleh rakan

    4.Pencalonan oleh pihak-pihak tertentu

    KRITERIA PENILAIAN:

    Penilaian/pemarkahan adalah berdasarkan pencapaian individu dalam acara sukan bagi tahun ____

    • Penyertaan Peringkat Jabatan
    • Pencapaian Peringkat UTM
    • Pencapaian Peringkat Negeri/Zon
    • Pencapaian Peringkat Institut Pengajian Tinggi
    • Pencapaian Peringkat Kebangsaan
    • Pencapaian Peringkat Antarabangsa
    9. ANUGERAH Pelita Budi (Anugerah Bakti & Kemasyarakatan)

    Anugerah ini dikhaskan kepada individu/kumpulan staf Jabatan TNC (HEP) berdasarkan;

    1) Individu atau kumpulan yang berjasa kepada warga kampus seperti  memberi  pertolongan semasa kecemasan, kebakaran, kecurian, kemalangan dan lain-lain.

    2) Individu atau kumpulan yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat termasuk kegiatan sukarela, NGO dan sebagainya.

    3) Sumbangan sangat memberi kesan kepada masyarakat setempat.

    4) Usahanya diperakukan oleh Badan Berkepentingan.

    5) Merupakan Pelopor kepada sesuatu usaha atau projek baru sesuatu tempat.

    6) Nilai peribadi yang baik dan sangat dikenali di kalangan masyarakat.

    7) Beliau mampu mendapatkan sumbangan luar bagi membantu usaha yang dijalankan.

    8) Beliau terlibat dengan kepimpinan komuniti.

    9) Jumlah dan jenis khidmat masyarakat (khidmat)

    kepada masyarakat dalam dan luar organisasi) pada tahun penilaian.

    10) Usahawan yang dijalankan untuk penglibatan.

    11) Impak positif kepada masyarakat dan organisasi.

    Tambahan:

    OBJEKTIF

    1.Memberi pengiktirafan kepada staf yang telah memberi sumbangan jasa bakti kepada masyarakat;

    2.Memberi galakkan kepada staf untuk terus berkhidmat bukan sahaja di dalam UTM tetapi juga kepada masyarakat;

    3.Memberi motivasi dan sebagai contoh ikutan kepada staf HEP yang lain.

    SYARAT PENYERTAAN

    1.Terbuka kepada semua staf Jabatan TNCHEP

    2.Pencalonan.
    i.   Staf boleh mencalonkan diri sendiri dan staf lain.
    ii.    Tahun penilaian 2020

    KRITERIA PEMILIHAN CALON

    Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek berikut :

    1.Jumlah dan jenis khidmat masyarakat (khidmat kepada masyarakat dalam dan luar organisasi) pada tahun penilaian.

    2.Usaha yang dijalankan untuk penglibatan.

    3.Impak positif penglibatan kepada masyarakat dan organisasi.

    4.Sumbangan ilmu/kepakaran kepada masyarakat dalam dan luar organisasi.

    5.Keistimewaan dan kelebihan khidmat yang diberikan.

    6.Sumbangan khidmat masyarakat kepada Jabatan akan diberi keutamaan

    10. ANUGERAH SEUNGKAI KASIH, LIMPAHAN BUDI (Penghargaan kepada Staf Bersara) Anugerah ini diberi kepada staf Jabatan TNC (HEP) yang telah bersara pada tahun 2019 & 2020.
    11. ANUGERAH BERLIAN (Anugerah Digital, IT dan Pemasaran)

     

    Anugerah ini diberikan kepada kumpulan / PTj di dalam Jabatan TNC (HEP) yang mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut:

    (a)Sentiasa mengemaskini laman sesawang dan media sosial rasmi dari semasa ke semasa;

    (b)Mempunyai bilangan pelawat terbanyak di laman web rasmi;

    (c)Capaian webometrics tertinggi dalam enjian carian Google atau Yahoo;

    (d)Sentiasa mengaplikasikan teknologi maklumat dalam kerja-kerja rasmi tanpa mengharapkan bantuan pembangunan sistem yang besar dan menjimatkan kewangan serta meningkatkan produktiviti;

    (e)Laman sesawang dan media sosial rasmi sentiasa menjadi rujukan pemegang taruh (khasnya pelajar) dalam dan luar kampus; dan

    (f)Mempunyai imej dan jenama tersendiri dalam memperkenalkan sesuatu produk mahupun program berteraskan pelajar.

     

    12. ANUGERAH BIMA SAKTI (Anugerah Kelestarian)

     

    Individu yang mempunyai kepekaan dan swadaya dalam melestarikan alam sekitar, penjimatan tenaga dan kewangan, mewujudkan daya usaha dan kesedaran di kalangan warga Jabatan TNC (HEP) untuk membudayakan kelestarian kampus.

     

    13. ANUGERAH KAIZEN (Anugerah Kualiti dan Penambahbaikan Kualiti Berterusan)

     

    Kumpulan yang telah menunjukkan keberkesanan kualiti kepada tiga aspek utama iaitu:

    (a)Pendekatan yang diperkenalkan.

    (b)Penggunaan pendekatan pengurusan kualiti.

    (c)Hasil yang dicapai.

    (a) Pendekatan yang diperkenalkan

    Aspek ini merujuk kepada kaedah pengurusan kualiti yang diperkenalkan oleh PTJ / Bahagian bagi peningkatan kualiti. Penilaian yang dibuat ialah dari segi:

    (i)Setakat mana pendekatan yang digunakan merangkumi aspek pencegahan masalah kualiti.

    (ii)Kesesuaian dan keberkesanan alat, kaedah dan teknik yang digunakan bagi menangani masalah kualiti yang dihadapi.

    (iii)Setakat mana pendekatan yang digunakan itu bersifat sistematik, bersepadu dan konsisten.

    (iv)Sejauh mana pendekatan itu boleh memberi maklum balas tentang keberkesanannya supaya pengubahsuaian dan peningkatan kualiti dapat dikekalkan.

    (v)Tahap penggunaan maklumat yang kuantitatif dan objektif.

    (vi)Penggunaan kaedah yang kreatif dan inovatif dalam penyelesaian masalah PTJ / Bahagian.

    (b) Penggunaan pendekatan pengurusan kualiti

    Aspek ini merujuk kepada sejauh mana pelaksanaan pendekatan peningkatan kualiti yang telah digubal oleh PTJ / Bahagian dalam semua bidang, aktiviti dan program.

    (c) Hasil yang telah dicapai

    Aspek ini merujuk kepada sejauh mana hasil yang telah dicapai oleh PTJ / Bahagian. Hasil tersebut dinilai dari segi:

    (i)Peningkatan tahap kepuasan pelanggan dalaman dan luaran.

    (ii)Pengurangan kos operasi.

    (iii)Peningkatan bilangan output.

    (iv)Penjimatan masa menjalankan tugas.

     

    14. ANUGERAH PERTIWI (Anugerah OSHE)

     

    Kumpulan yang sering memperjuangkan isu-isu keselamatan kampus (tidak terhad dalam lokasi bidang tadbiran Jabatan TNC (HEP)) dalam semua aspek meliputi pemantauan keselamatan pekerjaan, kemudahan infrastruktur, kebersihan dan keceriaan pejabat.

     

    15. ANUGERAH SINAR MUTIARA (Penghargaan kepada Kehadiran Staf Cemerlang) Staf yang mempunyai rekod disiplin kehadiran yang sangat cemerlang dan terpuji dalam semua aspek yang dinilai (tiada sebarang kesalahan kehadiran: TH, TR, BATA, DTS, Lewat dan lain-lain).
    16. ANUGERAH BUNGA TANJUNG (Anugerah Perkhidmatan Pelanggan dan Barisan Hadapan Terpuji)

     

    Anugerah ini diberikan kepada kaunter unit/bahagian/pusat/kolej yang layak  berdasarkan;

    (a) Perkhidmatan kaunter yang baik dari segi layanan petugas kepada pelanggan, kemudahan yang disediakan dan sistem sokongan kaunter.

    (b) Petugas barisan hadapan yang telah memaparkan peribadi mesra, tabah dalam berhadapan dengan pelanggan khasnya pelajar sepanjang masa.

    (c) Sentiasa menunjukkan rekod kepuasan pelanggan yang cemerlang dalam Borang Kepuasan Pelanggan adalah satu kelebihan.

     

    MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN
    1. Anugerah Keris Sakti (Penerima Khas Jabatan TNC (HEP)) – Masih dalam proses
    2. Anugerah Berlian (Digital, IT dan Pemasaran) 
    3. Anugerah Pertiwi (OSHE) – Diurus terus oleh penyelaras anugerah, En Hasyiq
    4. Anugerah Bintang Harapan (Inovasi Terbaik – Individu & Kumpulan)
    5. Anugerah Bima Sakti (Kelestarian)
    6. Anugerah Kaizen (Kualiti dan Penambahbaikkan Berterusan)
    7. Anugerah Kelisa Emas (Pengetua Cemerlang)
    8. Anugerah Bintang Kejora (Felo Cemerlang)
    9. Anugerah Garuda Emas (Sinergi Terbaik)
    10. Anugerah Cenderawasih (Atlit Tokoh Sukan Wanita Terbaik)
    11. Anugerah Harimau Kumbang (Atlit Tokoh Sukan Lelaki Terbaik)
    12. Anugerah Pelita Budi (Bakti & Kemasyarakatan)
    13. Anugerah Bunga Tanjung (Perkhidmatan Pelanggan dan Barisan Hadapan Terpuji)
    14. Anugerah Seungkai Kasih, Limpahan Budi (Staf Bersara) – Diurus terus oleh Bahagian Pentadbiran (PSM)
    15. Anugerah Sinar Mutiara (Kehadiran Terbaik) – Diurus terus oleh Bahagian Pentadbiran (PSM)
    16. Anugerah Sinar Permata (Perkhidmatan Cemerlang) – Diurus terus oleh Bahagian Pentadbiran (PSM)