Berita baik untuk semua!!

Tempahan penginapan kini dibuka kepada para tetamu bermula hari ini, 22 Jun 2020 (Isnin).  Bagi melancarkan proses daftar masuk, para tetamu perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti  seperti berikut:

1) Membuat tempahan secara atas talian/emel/di kaunter (walk-in pada waktu operasi pejabat Scholar’s Inn bermula 7.00 pagi sehingga 6.00 petang. Lengkapkan Borang Pengisytiharan Kesihatan (HDF) untuk diserahkan kepada Scholar’ Inn semasa daftar masuk (akan dilampirkan bersama slip tempahan).

2) Para tetamu adalah digalakkan untuk masuk ke dalam Kampus melalui pintu masuk Utama UTM (Pintu 1) untuk semakan suhu.

3) Para tetamu digalakkan untuk mendaftar masuk bermula 2.00 petang – 5.00 petang. Tetamu perlu mengimbas kod QR MySejahtera di kaunter pendaftaran.

4) Para tetamu digalakkan untuk memakai pelitup muka di kawasan awam (contoh: lobi, lif). Hand sanitizer disediakan di kaunter pendaftaran dan beberapa tempat strategik untuk kegunaan tetamu.

5) Had bilangan setiap tetamu di dalam setiap unit tidak melebihi 6 orang/apartmen dan 2 orang/bilik.

Sila hubungi kami di talian 07-5535197/6695 atau emel ke scholarsinn@utm.my untuk tempahan dan sebarang pertanyaan lanjut (Waktu operasi : 7.00 pagi – 6.00 petang).

 

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!