Untuk makluman, pihak pengurusan Scholar’s Inn telah bersetuju untuk membuka tarikh tempahan penginapan bagi Majlis Konvokesyen UTM ke-63 bermula 5 OKTOBER 2019 (SABTU). Masa untuk tempahan adalah seperti berikut:

i) Hari Bekerja (Ahad – Khamis) : 8 pagi – 8 malam
ii) Hari Minggu (Jumaat – Sabtu) : 8 pagi – 10 malam

Tempahan hanya boleh dibuat secara WALK-IN atau TELEFON melalui satu talian sahaja (07-5536695). Mohon ambil perhatian bahawa:

i) Penempah perlu membuat BAYARAN PENUH dalam masa 3 hari selepas tempahan dibuat.
ii) Sekiranya pembatalan tempahan dibuat selepas pembayaran, TIADA pemulangan balik wang kepada penempah
iii)Tempahan akan DIBATALKAN serta-merta sekiranya tiada pembayaran dibuat pada waktu yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

#UTM63RDCONVOCATION