TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA AKREDITASI UNIVERSITI

 

updated Jan 2019

 

KEAHLIAN

Pengerusi Dipilih oleh Majlis Profesor
Timbalan Pengerusi Staf Akademik kanan berjawatan Professor yang diputuskan oleh Senat melalui cadangan ahli Senat
Ahli

1.    Dua (2) orang Pakar Luar universiti yang dicadangkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan diperakukan oleh Senat.  Keutamaan kepada bekas staf UTM yang berkhidmat diluar UTM ataupun telah bersara.

2.    Tiga (3) orang  staf akademik kanan UTM berjawatan Porfessor atau Prof Madya yang diputuskan oleh Senat melalui cadangan ahli Senat dan bukan dikalangan pentadbir akademik.

3.    Dua (2) orang  staf akademik kanan UTM berjawatan Porfessor atau Prof Madya yang dicadangkan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan diperakukan oleh Senat.

4.    Pengerusi Majlis Professor

 

Setiausaha

Pengarah, Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko

(UTM QRiM)

Jumlah keahlian 11 orang

 

Punca Kuasa  Senat Universiti

 

Bidang Kuasa

  1. Memantau standard dan pelaksanaan akreditasi, audit institusi, audit program dan audit lokasi untuk Universiti Teknologi Malaysia.
  2. Memperakukan panel penilai bagi menjalankan audit akreditasi sementara, akreditasi penuh, audit pemantauan, audit institusi, audit program dan audit lokasi.
  3. Menerima laporan dan membuat penilaian ke atas laporan panel penilai akreditasi, audit institusi, audit program dan audit lokasi.
  4. Memberi perakuan akreditasi untuk program akademik yang memenuhi standard yang ditetapkan.
  5. Memberi perakuan pematuhan kepada audit institusi, audit program dan audit institusi.
  6. Membuat perakuan pembatalan akreditasi ke atas program yang tidak mematuhi standard yang ditetapkan, audit institusi, audit program dan audit lokasi untuk dibentangkan bagi pengesahan Senat Universiti.
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!