Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP)

Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP)  telah diperkenalkan sejak tahun 2010. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada PTJ yang telah menjalankan inisiatif berfokuskan kualiti dan menunjukkan impak yang signifikan kepada pelanggan.

Objektif Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP)

  • Memperkasa budaya kerja cemerlang di setiap Jabatan dan PTJ di UTM
  • Menghayati amalan terbaik dan strategi pengurusan cemerlang
  • Memberi manfaat kepada Jabatan melalui tahap kecemerlangan masing-masing dan melaksanakan penambahbaikan berterusan
  • Menggalak persaingan sihat antara Jabatan untuk kecemerlangan organisasi
  • Memberi pengiktirafan secara formal kepada Jabatan dan PTJ yang menunjukkan inisiatif dan pencapaian cemerlang dalam semua aspek pengurusan bertunjangkan kepimpinan yang unggul.


Penyertaan AKP 2021
Semua Jabatan Induk UTM DIWAJIBKAN untuk menyertai penilaian Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP). Jabatan tersebut ialah:

  1. Jabatan Pendaftar
  2. Jabatan Bendahari
  3. Jabatan Canseleri
  4. Jabatan Perpustakaan UTM
  5. Jabatan Perkhidmatan Digital
  6. Jabatan Harta Bina
  7. Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)
  8. Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
  9. Jabatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
  10. Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)

.

Proses Penilaian

  1. Konvensyen (Semua Jabatan perlu membuat pembentangan)*
    *Tertakluk perubahan semasa dalam tempoh PKP

Keterangan lanjut AKP 2021 sila klik di sini:

 

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Urus Setia Anugerah Kualiti Perkhidmatan (AKP)
Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QRiM)
Aras 3, Dewan Sultan Iskandar
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru

No. Telefon : 07-5530521
H/p: 013-7202594 -Syazli / 012-6170065 -Suzi
email: suziliyana@utm.my/ msyazli@utm.my/ qrim@utm.my