Anugerah Inovasi Naib Canselor (AINC)

Garis Panduan Anugerah Inovasi Naib Canselor (AINC)  [Download]

Anugerah Inovasi Naib Canselor (AINC) telah diperkenalkan mulai tahun 2010 sebagai anugerah yang mengiktiraf penghasilan inovasi yang benar-benar signifikan dan berimpak tinggi di UTM. Pewujudan anugerah ini adalah bagi membolehkan UTM memberi pengiktirafan kepada inovasi yang dilakukan oleh PTJ/ Fakulti/ Unit mahupun kumpulan kerja yang dapat meningkatkan kualiti sistem penyampaian menerusi penambahbaikan yang berterusan.

Pada tahun 2018, kriteria penilaian AINC telah dipertingkatkan kepada skop yang lebih luas selari dengan anugerah di peringkat kebangsaan seperti Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dengan penekanan kepada inisiatif/ projek inovasi yang menyumbang kepada komuniti melalui empat kriteria utama iaitu kreativiti, keberkesanan, relevan dan signifikan.

Selain daripada menilai inisiatif/ projek inovasi yang dapat memberi sumbangan kepada komuniti secara berterusan dan menyeluruh, penilaian anugerah pada tahun ini turut memberi sedikit suntikan baharu dengan memberi sedikit kelebihan kepada inisiatif/ projek inovasi yang dapat menyumbang kepada bidang tumpuan utama universiti (KFA). Ia bertujuan untuk memberi pengiktirafan juga kepada sebarang inisiatif/ projek inovasi yang menyumbang kepada pencapaian objektif universiti dan hasrat Universiti amnya. AINC adalah merupakan satu anugerah pengiktirafan tertinggi yang diberi oleh UTM di dalam Majlis Citra Karisma.

 OBJEKTIF AINC

a. Menggalakan usaha-usaha penghasilan inovasi dikalangan staf/ komuniti UTM.
b. Memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi terhadap usaha dan aktiviti inovasi daripada komuniti UTM yang dapat menyumbang kepada kewibawaan dan jenama
c. Menyediakan calon untuk menyertai anugerah inovasi ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat negara dan antarabangsa

Urus Setia AINC

Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (UTM QRiM)
Aras 3, Dewan Sultan Iskandar
Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor Bahru

‘ 07-55311120/ 31151

* qrim@utm.my / nhaida@utm.my/ msyazli@utm.my