Anugerah Inovasi Perkhidmatan (AIP) 2020

Garis panduan ini disediakan untuk membantu pihak Pusat Tanggungjawab (PTJ) membuat permohonan untuk menyertai Anugerah Inovasi Perkhidmatan (AIP) bagi sesi pencalonan produk/projek inovasi bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.
DOWNLOAD GARIS PANDUAN

DEFINISI INOVASI (DALAM KONTEKS AIP UTM)
Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi yang berupa produk atau perkhidmatan boleh merangkumi apa-apa perubahan dan penambahbaikan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja.

Inovasi boleh terdiri daripada projek-projek seperti berikut:-
– Penghasilan sistem baharu.
– Pembaharuan sistem sedia ada.
– Penghasilan proses kerja baharu yang memberi kepuasan kepada pelanggan.
– Pembaharuan kerja yang memberi impak kepada pelanggan dan boleh dimanfaatkan kepada orang lain.

HADIAH
Pemenang : RM3,000, Piala Pusingan dan Sijil
Dua Terbaik selepas Pemenang : RM1,000 dan Sijil
Melepasi markah 80% dan ke atas.

PENARAFAN
Penarafan tahap pencapaian projek berdasarkan markah yang diperolehi :
Emas               :           80 markah dan ke atas
Perak               :           70 – 79.9 markah
Gangsa            :           60 – 69.9 markah

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Syarat-syarat penyertaaan AIP adalah seperti berikut:-
1. Penyertaan dalam AIP adalah WAJIB yang mana Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah memastikan penyertaan PTJ/Bahagian di bawahnya.

PTJFAKULTI
TNC HEPFABU
TNC A&AFE
TNC P&IAHIBS
TNC PFSSH
CANSELERIMJIIT
Jabatan Harta BinaFTIR
UTM DigitalFS
Perpustakaan UTMSPACE
Jabatan Pendaftar 
Jabatan Bendahari 
  1. Inovasi yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas dari segi peningkatan kualiti dan produktiviti sesebuah organisasi dan BUKAN hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang tiada kaitan dengan peningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
  2. Tiada had penyertaan dikenakan kepada PTJ/Bahagian untuk pencalonan hasil inovasi.
  3. Inovasi hendaklah milik PTJ yang mengambil bahagian ataupun penyertaan bersama jika inovasi dimiliki bersama PTJ lain. Bagi projek yang dilaksanakan bersama hendaklah ditetapkan pemiliknya manakala PTJ lain yang terlibat sama itu dijadikan sbg rakan kongsi.

BORANG PENYERTAAN
Penyertaan saudara perlu diisi selengkapnya menggunakan borang yang disediakan di bawah ini.
DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN

Sebarang pertanyaan sila berhubung Puan Siti Zarinah binti Haji Abdul Jalal (zarinah@utm.my) dan Puan Siti Norrafidah binti Raiff (rrafidah@utm.my).

TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN PENGHANTARAN LAPORAN  30 MAC 2021.