Garis Panduan AIP 2019 – [Download]
HADIAH :
Pemenang : RM3,000, Trofi dan Sijil
Dua Terbaik selepas Pemenang : RM1,000 dan Sijil
Sijil Penarafan tahap pencapaian projek berdasarkan markah yang diperolehi :
Emas : 80 markah dan ke atas
Perak : 70 – 79.9 markah
Gangsa : 60 – 69.9 markah
ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN (AIP)
Anugerah ini diperkenalkan untuk tujuan memberi pengiktirafan kepada inovasi yang diperkenalkan oleh komuniti UTM dalam menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Inovasi daripada R&D yang tiada kaitan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi adalah tidak layak untuk memohon.
DEFINISI INOVASI (DALAM KONTEKS AIP UTM)
Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi yang berupa produk atau perkhidmatan boleh merangkumi apa-apa perubahan dan penambahbaikan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Syarat-syarat penyertaaan AIP adalah seperti berikut:-
- Penyertaan dalam AIP adalah wajib dengan Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah memastikan penyertaan Jabatan/Bahagian di bawahnya.
- Inovasi yang dihasilkan hendaklah memberi faedah yang jelas dari segi peningkatan kualiti dan produktiviti sesebuah organisasi dan BUKAN hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang tiada kaitan dengan peningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.
- Tiada pencalonan maksimum dihadkan kepada PTJ/Bahagian untuk menghantar permohonan/penyertaan.
- Inovasi hendaklah milik PTJ yang mengambil bahagian ataupun penyertaan bersama jika inovasi dimiliki bersama PTJ lain.
Garis panduan : click here
Borang penyertaan : click here