PENCALONAN KE ANUGERAH INOVASI NAIB CANSELOR
Kini Dibuka : 1 Mac – 2 April 2020
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (UTM QRiM) selaku Urusetia Anugerah Inovasi Naib Canselor menjemput YBhg. Datuk/ Prof./Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyertai anugerah ini.
UTM QRiM amat berbesar hati sekiranya pihak YBhg. Datuk/ Prof./Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dapat mengemukakan projek inovasi yang berkelayakan untuk dinilai dan seterusnya dipilih sebagai pemenang Anugerah Inovasi Naib Canselor di Majlis Citra Karisma 2020. Pencalonan mestilah memenuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Penyertaan dan Borang Penyertaan Anugerah Inovasi Naib Canselor untuk rujukan.
Penyertaan lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut selewat-lewatnya pada 2 April 2020:
Urusetia Anugerah Inovasi Naib Canselor
Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (UTM QRiM)
Aras 3, Dewan Sultan Iskandar
Tel: 07-5531151/30067
Emel : qrim@utm.my
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi UTM QRiM di talian 07-5531151/30067 (Puan Siti Norrafidah Raiff/ Puan Norhaida Hamdan).
Lampiran: