Pemakluman 2 Oktober 2020 : Pendaftaran Pelajar Baharu dan Pelajar Lama Sem 1 2020/2021

 

PEMAKLUMAN TERKINI
2 OKTOBER 2020
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN PELAJAR LAMA
SEMESTER 1 2020/2021

Pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) amat prihatin dengan situasi semasa dan memandang serius akan peningkatan kes positif COVID-19 di serata Malaysia. Pihak pengurusan Universiti dengan merujuk kepada kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2 Oktober 2020 memutuskan untuk MENANGGUHKAN SEMENTARA kehadiran SEMUA PELAJAR secara fizikal ke kampus UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur sehingga pengumuman seterusnya dikeluarkan.

(1) Semua pelajar baharu dan lama tidak perlu hadir ke kampus bagi membuat pendaftaran dan pembelajaran.
(2) Semua pelajar baharu dan lama perlu mendaftar dan mengikuti kursus secara dalam talian sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan berasaskan perkembangan terkini COVID-19 dari semasa ke semasa.
(3) Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) untuk pelajar baharu akan dijalankan secara dalam talian.
(4) Pelajar yang telah hadir ke kampus akan dibantu untuk penempatan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Maklumat lanjut dan terkini berkenaan sebarang perkara berhubung Semester 1 2020/2021 akan dimuat naik dari semasa ke semasa dan boleh diperolehi dari link berikut:
https://www.utm.my/faq-pp-sem-1-2020-2021/
atau pelajar juga boleh menghubungi talian
hotline +6011 1868 7022 (8.30 pagi – 4.30 petang, Ahad – Rabu; 8.30 pagi – 3.00 petang, Khamis).

Sehubungan dengan itu, pemakluman rasmi yang dikeluarkan pada 25 September 2020 dan Pekeliling berkaitan oleh Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) adalah terbatal.

Semua pelajar diingatkan untuk sentiasa peka terhadap sebarang pemakluman terkini dan mematuhi arahan ditetapkan dalam menangani pandemik COVID-19.

Sekian, terima kasih.

PEJABAT NAIB CANSELOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2 OKTOBER 2020


LATEST ANNOUNCEMENT
2 OCTOBER 2020
REGISTRATION OF NEW STUDENTS AND SENIOR STUDENTS
SEMESTER 1 2020/2021

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) is very concerned with the current situation and takes seriously the increase in positive cases of COVID-19 throughout Malaysia. The University management with reference to the media statement from the Ministry of Higher Education on 2 October 2020 has decided to TEMPORARILY DELAY the physical attendance of ALL STUDENTS to the UTM Campus Johor Bahru and Kuala Lumpur, until a new announcement is made.

(1) All new and senior students do not need to come or return to campus for registration and learning.
(2) All new and senior students must register and follow all courses online until further notice, based on the latest developments of COVID-19.
(3) The orientation week (MMM) for new students will be conducted online.
(4) Students who have arrived on campus will be assisted for placement while complying with standard operating procedures (SOPs).

Further and up-to-date information on any matters related to Semester 1 2020/2021 will be updated from time to time and can be obtained from the following link:
https://www.utm.my/faq-pp-sem-1-2020-2021/
or please call the
hotline +6011 1868 7022 (8.30 am – 4.30 pm, Sunday – Wednesday; 8.30 am – 3.00 pm, Thursday).

Therefore, the official announcement issued on 25 September 2020 and related Circulars by the Deputy Vice Chancellor’s Department (Student Affairs) are null and void.

All students are reminded to always be alert to any latest announcement and comply with the instructions set in dealing with the Covid-19 pandemic.

Thank you.

OFFICE OF THE VICE CHANCELLOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2 OCTOBER 2020

 

Pemakluman : Penangguhan Pendaftaran Masuk PelajarSesi semester 1 2020/2021

Pihak Kementerian Pengajian TInggi telah mencadangkan kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) termasuk UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA untuk menangguhkan dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. 

BAGI KENYATAAN PENUH, SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH :
KENYATAAN MEDIA KPT PENANGGUHAN PENDAFTARAN SECARA FIZIKAL/BERSEMUKA PELAJAR IPT KEMASUKAN OKTOBER 2020
Pihak pengurusan Universiti dengan merujuk kepada kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2 Oktober 2020 memutuskan untuk MENANGGUHKAN SEMENTARA kehadiran SEMUA PELAJAR secara fizikal ke kampus UTM Johor Bahru dan Kuala Lumpur sehingga pengumuman seterusnya dikeluarkan.

(1) Semua pelajar baharu dan lama tidak perlu hadir ke kampus bagi membuat pendaftaran dan pembelajaran.
(2) Semua pelajar baharu dan lama perlu mendaftar dan mengikuti kursus secara dalam talian sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan berasaskan perkembangan terkini COVID-19 dari semasa ke semasa.

BAGI PEMAKLUMAN PENUH, SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH :
PEMAKLUMAN TERKINI UTM 2 OKTOBER 2020 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN PELAJAR LAMA SEMESTER 1 2020/2021
SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQs) BERKAITAN SESI SEMESTER 2020/2021