SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI UNIT PERSEKITARAN, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

Seiring dengan teknologi maklumat dan komunikasi dalam memastikan maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada semua pihak, Unit OSHE UTM telah mengambil langkah mewujudkan web ini sebagai salah satu medium penyebaran maklumat terutamanya perkembangan semasa Unit OSHE UTM, di samping melaporkan keadaan atau tindakan yang selamat dan tidak selamat di UTM.

Pada masa yang sama, web ini juga mengandungi maklumat Majlis Bersama Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MPKKP) perkongsian maklumat keselamatan IPTA, IPTS dan pusat-pusat penyelidikan di Malaysia, Jawatankuasa Induk Unit Persekitaran dan Keselamatan Pekerjaan (JKKKP), borang-borangĀ  Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), Permit-to-work Online (PTW Online) dan senarai talian kecemasan yang boleh dihubungi. Perkongsian dari pelbagai pihak ini akan dapat memperbaiki organisasi dan carakerja di tempat masing-masing. InsyaAllah.