Hari ini diadakan sesi taklimat dan penerangan senarai tugas rasmi kepada Datuk Naib Canselor dan bakal Pegawai Khas kepada Naib Canselor yang baharu iaitu, Encik Nurul Amrie bin Abdullah. Beliau akan menggantikan En Mohd. Faizal Abd Jalal yang telah menggalas potfolio berkenaan sejak April 2019 yang lalu. Sesi taklimat ini berlangsung selama hampir satu setengah jam yang turut disertai Timbalan Pendaftar, Encik Jaffrey dan Setiausaha Naib Canselor, Puan Azsfalaila.

Encik Amrie akan melapor diri di Pejabat Naib Canselor pada 3 Januari 2021 manakala lantikan Prof. Datuk Ahmad Fauzi akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2021.

Selamat menjalankan tugas kepada Prof. Datuk Ahmad Fauzi serta Encik Nurul Amrie. Semoga terus berbakti kepada UTM.