Setelah lama tidak bersama-sama menjalankan aktiviti riadah bersama rakan-rakan pejabat NC, kami mengambil peluang dalam keredaan situasi COVID-19 pada masa ini, kami dapat mengadakan pertandingan bowling antara staf Pejabat NC pada 16 Ogos 2020.

Hampir keseluruhan staf hadir bersama-sama termasuk Datuk Naib Canselor sendiri. Acara ini di adakan di Pusat Bowling di Mydin Mutiara Rini selepas waktu pejabat. Walau pun aktiviti berlangsung hampir 2 jam, dapat juga kami bergelak ketawa meluangkan masa bersama setelah seharian penat dengan aktiviti di pejabat. Jika ada kesempatan, pasti kami luangkan masa bersama lagi.

Terima kasih kepada Datuk Wahid Omar kerana sudi meluangkan masa dan tidak lupa kepada rakan-rakan pejabt NC yang lain atas kesudian hadir bersama-sama ahli keluarga masing-masing.