UNIT INTEGRITI

CARTA ORGANISASI

VISI DAN MISI

Menjadi universiti yang menegakkan ketelusan integriti ke arah tadbir urus terbaik dan budaya kerja unggul serta membendung salahlaku dan pelanggaran etika organisasi. 

Menjadi pusat rujukan kepada pengurusan isu-isu integriti di universiti.

OBJEKTIF

Menyepadukan pengurusan hal-hal berkaitan sudut integriti supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian perundangan, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku, tindakan korektif dan punitif dapat dilaksanakan secara lebih fokus, terancang, efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.

FUNGSI UNIT

SEKSYEN INTEGRITI

  1. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
  2. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
  3. Merujukkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  4. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
  5. Melaksanakan program-program kesedaran integriti dari semasa ke semasa.
  6. Mengendalikan penarafan Indeks Persepsi Integriti Universiti Teknologi Malaysia.

SEKSYEN TATATERTIB

  1. Menyediakan laporan untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib Kakitangan/Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar.
  2. Menjadi Urusetia Jawatankuasa Tatatertib Kakitangan/Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar.
  3. Menjadi Urusetia Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Kakitangan/Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar
  4. Menasihati universiti dalam semua aspek disiplin dan salahlaku kakitangan dan pelajar Universiti.
  5. Menyelaras tindakan surcaj kakitangan.

SEKSYEN ADUAN DAN SIASATAN

  1. Menjalankan siasatan bagi aduan yang diterima atau dirujuk.
  2. Menyediakan laporan siasatan untuk dirujukkan kepada Pihak Berkuasa Universiti.
  3. Merujukkan hasil siasatan untuk tindakan selanjutnya oleh Seksyen Tatatertib atau Seksyen Integriti.