KONVENSYEN PENTADBIR UTM 2021

Sekilas pandang

Objektif

Meningkatkan pengetahuan asas melalui kepelbagaian perkongsian ilmu.

Menggalakkan cetusan ilham dan inspirasi melalui penulisan berilmiah.

Meningkatkan budaya kreatif dan inovatif di kalangan staf Universiti Teknologi Malaysia.

 

Latar Belakang

PERTISAS mengemukakan cadangan untuk menganjurkan program Konvensyen Pentadbir UTM 2021 bersempena dengan Hari Pentadbir Universiti Awam yang disambut pada 20 Ogos setiap tahun. Konvensyen Pentadbir UTM 2021 di peringkat universiti ini adalah merupakan salah satu program berkala yang dijalankan secara tahunan oleh semua universiti-universiti awam se-Malaysia (UA) melalui mandat yang diberikan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI). Program ini merupakan salah satu platform peningkatan potensi penulisan artikel berilmiah dalam kalangan staf Pentadbiran, Pengurusan dan Profesional (PPP).

Program sambutan pertama Hari Pentadbir Universiti Awam telah mula disambut sejak 20 Ogos 2016, bertempat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), dan telah dijadikan acara tahunan oleh semua UA melalui sokongan dan kerjasama daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Majlis Pendaftar Universiti-universiti di Malaysia.

Program Konvensyen ini merupakan platform pendedahan dan perkongsian ilmu dan pengalaman tentang amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan di pelbagai peringkat pengurusan di universiti-univerisi awam di Malaysia.