Anugerah Gemilang PERTISAS 2021

Program Konvensyen Pentadbir Universiti Awam 2021 merupakan program dwi-tahunan yang disambut oleh semua universiti-universiti awam se-Malaysia (UA) sejak 20 Ogos 2016 dan telah dijadikan acara tahunan oleh semua UA melalui sokongan dan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI). Sebagai platform meningkatkan potensi penulisan artikel berilmiah dalam kalangan staf Pentadbiran, Pengurusan dan Profesional (PPP), program ini telah dijadikan acara tahunan oleh Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTISAS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi menghimpun dan menggalakkan perbincangan intelektual dalam kalangan staf PPP di UTM selain meraikan simbolik perpaduan antara PPP melalui penganjurannya.

Semua pemohon wajib mengisi permohonan melalui portal pertisas.com dengan menyertakan bahan bukti untuk rujukan panel penilai.