Tujuan/ Pendahuluan

Anugerah Perundingan ini diberikan kepada projek yang telah menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam aktiviti perundingan. Aktiviti perundingan berkenaan hendaklah berjaya diselesaikan dalam tempoh yang telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak. Kepuasan pelanggan turut menjadi salah satu kriteria dalam penilaian pemenang.

KRITERIA PENCALONAN
KRITERIA

a)  Pencalonan

Syarat kelayakan bagi Pencalonan Anugerah Perundingan 2019 adalah seperti berikut :

  1. Warga UTM
  2. Mempunyai projek berdaftar dengan ICC/UTSB/Bendahari
  3. Projek hendaklah selesai dalam tahun penilaian (2019) beserta laporan lengkap.
  4. Permohonan dihantar melalui dan diperakui oleh Dekan RA/ Dekan FAKULTI/Pengarah UTSB.

 

b)  Penilaian / Pemarkahan

Kaedah Penilaian

Syarat-syarat kelayakan Pencalonan Anugerah Perundingan 2019 :

  1. Projek yang telah TAMAT (bermaksud tamat dari segi penghantaran laporan akhir) mengikut jadual dalam masa tahun 2019 beserta laporan yang lengkap.
  2. Projek mesti berdaftar dengan Pusat Inovasi dan Komersialisasi (ICC), Uni-Technologies Sdn. Bhd. (UTSB) atau Bendahari Universiti Teknologi Malaysia.

Kaedah Pemarkahan

Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria utama seperti berikut :

Bil Kriteria/Item Markah (%)
1 Nilai Kos Perundingan 40
2 Kepelbagaian Disiplin 15
3 Sumbangan Pembangunan Profesionalisma 10
4 Sumbangan Pengajaran & Keilmuaan 5
5 Imej dan Reputasi 10
6 Pengiktirafan Pelanggan 10
7 Kualiti Perlaksanaan 10

 

Hadiah

Penerima anugerah akan menerima wang tunai berjumlah RM 2, 000.00, trofi dan sijil.

 

LAMPIRAN

BORANG PENCALONAN (LAMPIRAN)
FORMAT WRITE-UP FINALIS & PEMENANG ANUGERAH

Borang pencalonan yang telah dilengkap (Dengan pengesahan Dekan RA/ Fakulti/ Pengarah UTSB) hendaklah dihantar ke:-

Pejabat Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)
Pusat Industri, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia
81300 Skudai,
Johor Bahru, Johor

 
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, Hubungi urus setia yang terlibat :-

  1. Cik Nur Diyana Binti Mohd Ruzmi    07-556 6400 / hartaintelek@utm.my
  2. Cik Siti Zulfarina Binti Fadzli    07-559 1550 / hartaintelek@utm.my     
Do NOT follow this link or you will be banned from the site!