UNIT RESIDEN
SEKSYEN PENGURUSAN PERNIAGAAN
BAHAGIAN PENGURUSAN ASET
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PEMBANGUNAN)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOALAN LAZIM

KATEGORI

PRASISWAZAH

(Pelajar Baharu)

PRASISWAZAH

(Pelajar Kanan)

PASCASISWAZAH

(Sarjana & Doktor Falsafah)

PELAJAR ANTARABANGSA

(International Students)

LATIHAN INDUSTRI

(Pelajar UTM)

LATIHAN INDUSTRI

(Selain Pelajar UTM)

TEMPAHAN BILIK ASRAMA

(Program/Aktiviti Dalaman UTM)

TEMPAHAN RUANG/DEWAN

(Program/Aktiviti Dalaman UTM)

KEDIAMAN STAF UTM

(Permohonan Kediaman Staf)

ORGANISASI LUAR UTM

(Tempahan Bilik/Ruang)

PRASISWAZAH (Pelajar Baharu)

Bagaimanakah proses permohonan bilik asrama bagi pelajar baharu?

Pelajar Tahun 1 perlu memohon kolej kediaman seperti yang dinyatakan dalam Surat Tawaran Kemasukan ke UTM.

Berapakah kadar bayaran bilik asrama bagi satu semester?

Kadar bayaran adalah mengikut jenis bilik asrama seperti di jadual :-

College Room Type Rate Room/Day
Local Student International Student
Kolej Rahman Putra Single with  bathroom RM 8.00 RM20.00
Single RM 6.00 RM15.00
Double RM 4.00 RM12.00
Kolej Tun Fatimah Single(Executive) RM 30.00 RM30.00
Single with  bathroom RM 8.00 RM20.00
Single RM 6.00 RM15.00
Double RM 4.00 RM12.00
Kolej Tun Razak Single with  bathroom RM 8.00 RM20.00
Single RM 6.00 RM15.00
Double RM 4.00 RM12.00
Kolej Tun Hussien Onn Single with  bathroom RM 8.00 RM20.00
Single RM 6.00 RM15.00
Double RM 4.00 RM12.00
Kolej Tun Dr Ismail Single(Executive) RM 30.00 RM30.00
Single with  bathroom RM 8.00 RM20.00
Single RM 6.00 RM15.00
Double with bathroom RM 8.00 RM20.00
Double RM 5.00/RM 4.00 RM12.00
Kolej Tuanku Canselor Single(Executive) RM 14.00 RM30.00
Single with  bathroom RM 8.00 RM20.00
Single RM 6.00 RM15.00
Double RM 4.00 RM12.00
Kolej Perdana Single RM 6.00 RM12.00
Double RM 4.00 RM10.00
Kolej 9 & 10 Single RM 6.00 RM12.00
Double RM 4.00 RM10.00
Kolej Datin Seri Endon Single RM 6.00 RM12.00
Double RM 4.00 RM10.00
Kolej Dato Onn Jaafar Single RM 6.00 RM12.00
Apakah kaedah bayaran yuran asrama bagi setiap semester akademik?

Kaedah bayaran yuran asrama adalah secara debit akaun pelajar.

Adakah pelajar baharu boleh memilih jenis dan kedudukan bilik?

Tidak, pelajar baharu hanya di tawarkan jenis bilik berdua sahaja dan penempatan kolej serta bilik asrama adalah tertakluk kepada pihak pengurusan kolej.

Adakah pelajar baharu dibenarkan untuk memilih rakan sebilik?

Tidak, penempatan bilik asrama adalah tertakluk kepada pihak kolej kediaman.

Bolehkah saya mengambil kunci bilik asrama bagi pihak rakan?

Pengambilan kunci bilik asrama melalui rakan adalah tidak dibenarkan.

Bolehkah kunci bilik asrama dipulangkan melalui rakan?

Pemulangan kunci bilik asrama melalui rakan adalah tidak dibenarkan.

Adakah saya dibenarkan menyewa bilik asrama sepanjang cuti semester?

Dibenarkan, tertakluk kelulusan pihak kolej kediaman.

Apakah kaedah bayaran penginapan bilik asrama sepanjang sesi akademik?

Bayaran secara tunai atau debit akaun pelajar.

Apakah kelengkapan yang disediakan di dalam bilik asrama?

Kelengkapan yang disediakan adalah;

  1. Meja & Kerusi
  2. Katil & Tilam
  3. Almari Pakaian
  4. Papan Kenyataan