About Us

UTM Equine Centre was established in 1995 and inaugurated by His Highness Tunku Ibrahim Ismail, the son of Sultan Iskandar, Tunku Mahkota Johor on 14 August 1996. It is the first Equine Center established among institutions of higher learning (IPTA) in Malaysia. The main purpose of its establishment was to promote equestrian sports among UTM students and staff and the public in the state of Johor.

UTM through Equine Centre had achieved in creating a successful equestrian sports rider at national and international levels in various disciplines such as Endurance, Show Jumping and Dressage through the ongoing efforts of all parties, including strong support from the top management of the university, the Equestrian Association of Malaysia, and the Council Equine Malaysia. Until now, UTM has successfully hosted the international horse 5 times recognized by the international body, the Federation Equestre Internationale (FEI).

The need to increase knowledge in the field of equine and equestrian among those directly involved in sports because it kind of through the concept of Blue Ocean Strategy to upgrade Equine Center became an Equine Academy. The Academy will offer academic programs and courses in equine management as top management wishes to make the Academy’s university as a center of reference, training, and a world-class education through collaboration with universities and institutions from within and outside the country.

Sport riding is one sport that is becoming more popular among all walks of life in this country.

  • Memperkenalkan sukan berkuda kepada masyarakat umum dan menggalakkan aktiviti sukan berkuda pada masyarakat masa kini
  • Memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) ekuin secara khusus kepada masyarakat melalui pengenalan program akademik
  • Menjalankan kajian berbentuk akademi dalam pembangunan sukan berkuda dan industri berkuda
  • Menyemarakkan aktiviti komersialisasi industri kuda di Universiti Teknologi Malaysia.
  • UTM Equine Park menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan organisasi luar, sekolah-sekolah di seluruh negeri Johor, dan juga organisasi di dalam UTM sendiri.
  • Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan kuda dan juga sukan memanah tradisional. Selain itu, pakej pengajaran menunggang kuda secara individu turut disediakan.
  • UTM Equine Park juga menganjurkan ‘Horse Camp’ dan ‘School Holiday Programme’ pada setiap tahun dimana ia terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah, mahasiswa/mahasiswi dan golongan dewasa.
  • Kolaborasi diantara UTM Equine Park dan Eco Tourism bagi mempromosikan aktiviti-aktiviti di EP seterusnya menjana kewangan UTM.
UTM Equine Park merupakan sebuah unit dibawah seliaan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Pembangunan). Ia ditubuhkan pada tahun 1995 dan dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Baginda Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang dikenali sebagai Tunku Mahkota Johor pada 14 Ogos 1996. Sehingga kini pusat ini telah beroperasi selama 22 tahun.

UTM Equine Park adalah pusat berkuda yang pertama ditubuhkan di kalangan institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Tujuan penubuhan UTM Equine Park adalah untuk mempromosikan sukan berkuda di kalangan masyarakat negeri Johor, pelajar, dan staf UTM. Sepanjang tempoh ini, UTM Equine Park telah berjaya menganjurkan beberapa kejohanan yang bertaraf antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai disiplin antaranya adalah Endurance, Show Jumping, dan Dressage. Selain itu, UTM juga telah berjaya menganjurkan beberapa kejohonan yang bertaraf antarabangsa seperti International Johor Horse Show (IJHS) bermula tahun 2001, 2008, 2010, 2011 dan 2013. Secara tidak langsung, UTM telah melahirkan penunggang sukan berkuda atau Equestrian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

UTM Equine Park juga telah menjadi Pusat Sehenti bagi aktiviti berkaitan dengan kuda. Pelbagai aktiviti berkuda dijalankan disini antaranya kelas menunggang kuda, leisure riding, joyride, joytrail, trail, horse camp, memanah sambil berkuda, memanah tradisional, Mini Horse Camp, wedding dan konvokesyen photoshoot dan banyak lagi. Kesemua aktiviti yang dijalankan terletak di dalam tiga pakej yang berbeza iaitu Horse Riding Packages, Educational & Experience Packages, and Archery Packages. UTM Equine Park memelihara sebanyak 15 ekor kuda yang terdiri daripada pelbagai jenis baka antaranya adalah Arab, Thoroughbred, Holsteiner, Quarter dan Kelantan Pony. Terdapat 10 ekor kuda besar (gelding) dan 5 ekor kuda kecil (kelantan pony) dibawah peliharaan UTM. Pada tahun 2014, UTM telah membentuk sebuah kursus yang dikenali Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekuin dibawah Fakulti Kejuruteraan Bio-Perubatan dan telah berkolaborasi dengan UTM Equine Park dengan menjadikan pusat ini sebagai makmal hidup bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Kumpulan Sasaran : Warga UTM, masyarakat tempatan dan Singapura

Perniagaan :

  1. HORSE RIDING PACKAGES
  2. EDUCATIONAL AND EXPERIENCES PACKAGES
  3. ARCHERY PACKAGES
  4. OTHER PACKAGES