Kerja-kerja Projek Pembinaan Ruang (Permanent Roll-Off-Roof Observatory Dome) di Balai Cerapan UTM sedang dilaksanakan mulai 5 hingga 31 Ogos 2020.

Tujuan pembinaan adalah untuk dijadikan sebagai ruang aktiviti pencerapan langit serta pemprosesan data berkaitan dengan menggunakan teleskop, perisian dan aksesori lain pada masa akan datang.

Projek ini dilaksanakan oleh pihak pengurusan Makmal Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) UTM Johor Bahru yang dikelolakan oleh Gs. Sr. Dr. Othman bin Zainon.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!