Jika anda fikir bahawa kejayaan itu amat susah untuk dikecapi lantaran anda tidak mengetahui rahsia-rahsianya, mungkin anda sudah tersilap. Biar saya beritahu anda bahawa kejayaan itu sudah tidak ada rahsia lagi. Rahsia-rahsianya sudah lama terungkap dan tersingkap. Sudah banyak buku-buku motivasi kejayaan dan juga majalah-majalah di pasaran yang memperkatakannya. Itu belum lagi pendedahan oleh pakar-pakar motivasi di tv dan pada program ceramah yang anda hadiri. Kalau anda nak tahu, apa yang menjadikan kejayaan itu sukar ditakluki adalah kerana kurangya satu faktor ini. Jika anda sudah membaca pelbagai buku bantu diri, sudah menghadiri pelbagai ceramah motivasi dan rahsia kejayaan tetapi hidup anda masih ‘begitu’ juga, mungkin inilah jawapannya: Anda kekurangan satu faktor ini. Apa dia faktor yang saya katakan itu? Jom baca terus..

Sekarang anda tahu bahawa kejayaan itu perlu:

1. Matlamat yang jelas dan spesifik

2. Minda positif melalui kepercayaan positif dan imaginasi terarah

3. Nilai EQ (Emotional Quotient) yang mantap

4. Nilai SQ (Spiritual Quotient) yang mantap

5. Kreativiti

6. Dan lain-lain

Tapi.. Jika anda masih belum bergerak menuju kejayaan, masalah anda sebenarnya adalah:

TINDAKAN YANG LEMAH! (mungkin tiada tindakan langsung!)

Bagi menggerakkan prinsip-prinsip kejayaan yang sudah anda pelajari sepanjang hidup anda, ‘pedal’ perlu ditekan. Yalah, enjin sudah lama panas, tetapi jika pedal minyak tak ditekan-tekan, manalah nak bergerak. Maksudnya, ilmu sudah macam-macam sehinggakan sudah sampai tahap hampir ‘tepu’ tetapi jika anda masih tidak membuat sebarang keputusan untuk bertindak dan bergerak, macam manalah anda nak berjaya.

Jadi, fokus anda sekarang hanyalah satu iaitu membuat TINDAKAN.

Sekarang ini, apa-apa yang anda baca, lihat, dengar dan fikir haruslah merangsang anda untuk bertindak. Dapatkanlah motivasi yang merangsang anda untuk bertindak dan bukannya motivasi yang bersifat umum.

Sekarang, anda harus BERTINDAK! Bergeraklah menuju kejayaan dan kekalkan momentum anda!