Nampaknya kejadiah bunuh diri di Malaysia sudah semakin meruncing. Apa tidaknya, menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, seramai 731 individu dilaporkan telah membunuh diri di negara kita sejak 2007. Itu bukan jumlah yang sedikit. Dari jumlah sebanyak itu, 545 dari angka itu adalah lelaki dan selebihnya adalah wanita iaitu sebanyak 186 orang. Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia pula menunjukkan 321 kes melibatkan pasangan berkahwin, 29 bercerai, 34 balu dan 298 kes golongan bujang. Jika kita memandang pada sejarah yang lalu, purata jumlah kes bunuh diri di Malaysia dalam sehari saja sudah mencapai 7 orang. Itu tahun 2005. Saya yakin, setelah lebih kurang 6 tahun berlalu,  angkanya sudah tentu meningkat berdasarkan faktor kehidupan yang semakin menekan. Sebagai individu yang prithatin, apa yang boleh kita lakukan bagi menangani isu bunuh diri ini? 

Sebenarnya, dikatakan sebahagian besar dari individu yang ingin membunuh diri memberitahu rancangan mereka. Ada yang menyatakan niat mereka dengan jelas dan ada yang memberi kiasan saja. Jika rakan atau saudara anda ada memberitahu anda sesuatu dan ayat mereka lebih kurang serupa dengan ayat dibawah ini, nasihat saya, berjaga-jagalah, mereka mungkin mempunyai niat untuk membunuh diri:

  • Hidup ni sia-sia saja
  • Keluarga (atau kawan/kekasih) lebih bahagia tanpa saya
  • Ambillah barang-barang/koleksi saya ni. Saya dah tak perlukannya.
  • Awak pasti menyesal bila saya tiada nanti.
  • Saya takkan bersama awak tak lama lagi.
  • Saya tak dapat nak hadapi semua ini. Hidup ini susah sangat.
  • Saya tak akan jadi beban awak lagi lepas ni.
  • Semua orang tak faham saya. Semua orang tak dapat rasa apa yang saya rasa.
  • Lebih baik saya mati saja.
  • Saya rasa seperti tiada jalan keluar.
  • Hidup awak lebih baik tanpa saya.

Bunuh diri adalah salah satu simptom yang serius bagi individu yang mengalam tekanan (depression) yang teruk. Antara tanda-tanda tekanan adalah:

  • Rasa sedih dan tertekan
  • Perubahan pada pola atau corak tidur (contohnya; tidur terlalu banyak atau sedikit atau menghadapi masalah sukar tidur)
  • Perubahan yang ketara pada berat badan dan selera makan
  • Bercakap dan/atau bergerak dengan kadar kecepatan/kelambatan diluar kebiasaan
  • Hilang rasa minat pada aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan (contoh; hobi, aktiviti luar rumah, bersama-sama dengan rakan)
  • Menarik diri atau menjauhkan diri dari keluarga dan kawan-kawan
  • Rasa letih dan kehilangan tenaga
  • Kemampuan untuk berfikir dan fokus yang semakin berkurangan, lambat berfikir dan menjadi ragu-ragu.
  • Merasa diri tidak berguna, sia-sia dan rasa bersalah
  • Memikirkan tentang kematian, tentang cubaan bunuh diri dan mengharapkan pada kematian

Jadi, jika anda berhadapan dengan individu yang ingin membunuh diri:

  • Bawalah mereka ke tempat selamat agar mudah untuk mereka meluahkan masalah atau anda boleh yakinkannya untuk membawanya berjumpa dengan kaunselor, pegawai psikologi dan psikiatri untuk tujuan itu.
  • Cuba bercakap dengan mereka agar mereka dapat meluahkan perasaan
  • Jangan pandang remeh niat mereka untuk membunuh diri.
  • Jangan asyik memberi nasihat. Mereka sebenarnya ingin anda mendengar (listen) masalah yang dialami
  • Jangan cuba menilai tingkahlaku mereka kerana anda tidak mengerti dan tidak berada disituasi mangsa.
  • Jangan mengatakan “anda patut” kerana ini akan menyebabkan mereka mersa lebih bersalah dan merasa diri lebih gagal menjalankan sesuatu tanggung jawab

Semoga apa yang dipaparkan kali ini memberi manfaat pada anda semua. Sebarang pertanyaan, idea dan pandangan sentiasa dialu-alukan.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!