dsc_0331Teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT pada hari ini dilihat sebagai nadi penggerak kepada setiap urusan kehidupan. Perkembangannya yang pesat membawa pengaruh yang luas dalam aktiviti manusia merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti pentadbiran, kewangan, perundangan dan terutamanya hubungan sosial.

Pertumbuhan ini juga turut memberi impak kepada masyarakat di Malaysia khususnya terhadap sistem pendidikan negara. Bagi menjamin peningkatan kualiti pendidikan, pelbagai inisiatif telah dilaksana agar dapat menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang lebih kreatif dan efektif yang akhirnya akan melahirkan barisan pelapis negara yang mampan ilmu serta kemahirannya.

Menjurus kepada ICT dalam bidang pendidikan, antara kaedah yang telah dilaksanakan ialah pembelajaran secara dalam talian. Transformasi ini dilihat bukan sahaja menyediakan ruang capaian maklumat yang lebih mudah dan cepat kepada pelajar tetapi turut membuka pintu perkongsian ilmu sehingga ke peringkat global.

Ungkapan ‘Dunia tanpa Sempadan’ atau ‘Dunia di Hujung Jari’ jelas merupakan perlambangan yang relevan bagi menggambarkan senario perkembangan ICT pada hari ini. Pembangunan yang pesat nyata telah mengubah lanskap internet dunia di mana pelbagai inovasi baru telah dibangunkan seperti perkembangan dalam penghasilan teknologi Web 2.0  yang begitu hangat penggunaannya di seluruh dunia.

Aplikasi ini yang telah diperkenalkan oleh Tim O’Reilly dalam laporannya yang bertajuk “What is Web 2.0?” (Reilly, 2005)  nyata telah memberi impak yang amat besar kepada dunia.  Ini terbukti dengan  tercetusnya fenomena hubungan maya melalui pelbagai aplikasi teknologi Web 2.0 seperti Blog, Wikipedia, laman perkongsian sosial seperti Facebook, IG, Tweeter , Wassapt serta perkongsian video melalui  Youtube, Vimeo dan sebagainya.

Dengan kewujudan Teknologi Web 2.0 ini, penggunaan internet bukan hanya terhad kepada pencarian maklumatresponsive-web-design semata-mata bahkan turut menyediakan platform maya bagi komunikasi dua hala yang pantas, mudah dan berkesan. Ini kerana aplikasi ini menyediakan kemudahan jaringan ke laman web lain yang berkaitan dengan maklumat yang dicari di mana pengguna tidak perlu melayari laman web secara satu persatu (Hassan Mohd Ghazali, 2006).

Penggunaan teknologi Web 2.0 ini dilihat mampu mengubah latar pendidikan abad ke-21 dengan menyediakan persekitaran dunia pengajaran dan pembelajaran yang dinamik. Antara kelebihan teknologi ini ia mampu membentuk pendekatan baru pelajar untuk belajar, pendekatan pengajar untuk mengajar dan bagaimana pengajar berinteraksi dengan pelajar (Steve Hargadon, 2009). Dengan wujudnya kolaberasi yang unik ini, ia dilihat mampu menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik. (Churchill et al., 2009; Dagenais et al., 2008).

Namun yang menjadi persoalannya, sejauh mana pelajar dan pengajar di Malaysia bersedia menghadapi ledakan kemajuan ini?  Sudah cukupkah kajian yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran bagi memberi lampu hijau terhadap perlaksanaannya secara total di seluruh Malaysia?

Pada pendapat peribadi saya, kita perlu melihat semula semua faktor pendorong terhadap kejayaan pelajar. Pandangan kita perlu luas, jangan hanya melihat satu sudut dan terus membuat keputusan. Penting bahawa, kajian ilmiah terhadap permasalahan ini perlu dibuat secukupnya dalam memastikan keputusan yang bakal di rangka berasas. Kita tak menafikan kebaikan ICT dan Web 2.0 tetapi janganlah terus membuat keputusan ianya satu-satu sebab kecemerlangan pelajar.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, sebenarnya kerjasama semua pihak sebagai contoh gabungan pelajar, guru, ibubapa, masyarakat & kerajaan lah yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang. Yang patut diutamakan ialah pelajar patut didedahkan dahulu dengan asas sistem pendidikan yang mesra insaniah serta berjatidiri Malaysia. Ini penting demi memastikan kelangsungan hidup anak bangsa Malaysia berdaulat terpelihara.  Kita tak mahu lirik lagu “Anak kecil main api terbakar hatinya yang sepi” menjadi kenyataan dimasa hadapan dan ramai pula yang menyalahkan satu sama lain bila sindrom 4K merebak ke IPT nanti, mintalah dijauhkan.

Rujukan

Churchill, D. (2009). Educational applications of Web 2.0: Using blogs to support teaching and learning. British Journal of Educational Technology, 40(1), 179-183.

Dagenais, D., Walsh, N., Armand, F., & Maraillet, E. (2008). Collaboration and Co-Construction of Knowledge During Language Awareness Activities in Canadian Elementary School. Language Awareness, 17(2), 139-155.

Hassan Mohd Ghazali. (2006). Kelebihan dan kelemahan Penggunaan Sumber dan Perkhidmatan Internet Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Reilly, T. O. (2005, 30/09/2005). “What Is Web 2.0”. . Paper presented at the Web 2.0 conference.

Steve Hargadon. (2009). Educational Networking: The Important Role Web 2.0 Will Play in Education.   Retrieved 16 May 2012, 2012, from http://www.stevehargadon.com/2009/12/social-networking-in-education.html