CASISann Poster

Sempena ulang tahun CASIS yang ke-3 pada tahun 2014 ini, Persatuan Pelajar Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS Student Society), UTM Kuala Lumpur akan menganjurkan Majlis Ulang Tahun CASIS yang akan menampakkan dua sesi pengisian yang penting; sesi pertama diadakan kolokium yang panelisnya merangkumi pelaja-pelajar CASIS dan sesi kedua adalah forum “Islamic Higher Education & Multiple Modernities”.Kedua-dua majlis ilmu ini akan menekankan peranan dan gaya CASIS dalam meneraju rencana Pengislaman Ilmu Kontemporari dalam mencapai cabaran zaman moden.Majlis ini juga diadakan bagi menjalin persaudaraan yang erat dengan pihak-pihak yang selama ini telah mendorong dan turut serta dalam berbagai kegiatan yang telah diselenggarakan oleh CASIS.

Tarikh: 8hb Mac 2014 (Sabtu)

Masa: 2.00 petang – 8.00 malam

Tempat: Dewan Seminar, Menara Razak, UTM KL

Penyertaan: Percuma (Makan Malam disediakan)

*Sila RSVP sebelum 28hb February, tempat adalah terhad pada 150 orang sahaja untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, ajukan pada casisstudents@gmail.com


Invitation Card

Aturcara MAJLIS ULANG TAHUN CASIS 2014