Faedah & Kemudahan

 

Faedah dan Kemudahan Yang Diperolehi Oleh Ahli BAKES UTM

  • Pinjaman Pembiayaan Kewangan Skim Qardul Hassan

Kadar maksima pinjaman pembiayaan adalah sebanyak RM1,000.00 sahaja dan dibayar balik dalam tempoh masa maksima 10 bulan. 

  • Sumbangan Khairat Kematian

Bayaran Khairat Kematian untuk ahli RM3,000.00, suami/isteri RM500.00 manakala keluarga terdekat seperti ibu/bapa/anak RM200.00 sahaja. 

(Kenaikan sumbangan utk kematian ahli berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2019)

  • Sumbangan Bencana 

Bantuan untuk ahli yang ditimpa bencana seperti banjir, kebakaran dan keilatan kekal. Bantuan maksima sebanyak RM500.00 

**Sekiranya suami dan isteri menjadi ahli, kedua-duanya layak memohon. 

  • Anugerah Anak Cemerlang BAKES

Anugerah berupa wang tunai untuk anak ahli yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR, SPM, STPM, STAM,Tahfiz, Diploma dan Ijazah. Tahap kelayakan anugerah diberikan  mengikut kelayakan minima seperti berikut : 

UPSR – 5A , Darjah Khas – Pangkat 1, Sijil Rendah Agama – Mumtaz – (RM60), 

Sijil Menengah Agama (Mumtaz) – (RM100), 

SPM – 7A (RM200), 

STPM – cgpa ≥ 3.50, STAM – Mumtaz, Tahfiz (30 juzuk & bershahadah), Diploma – cgpa  ≥ 3.65 (RM300)

Ijazah Sarjana Muda – cgpa  ≥ 3.67 (RM400) 

**Sekiranya suami dan isteri menjadi ahli, kedua-duanya layak memohon. 

(Perubahan sumbangan utk kecemerlangan akademik anak ahli berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2019)

  • Anugerah Ahli BAKES Cemerlang Akademik

Anugerah berupa Wang Tunai kepada ahli BAKES yang lulus dengan jayanya pengajian peringkat Tinggi (Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana dan PhD). Berikut Kelayakan pengajian dan sumbangan yang di beri :

    1. Diploma – RM300.00
    2. Ijazah Sarjana Muda – RM400.00
    3. Ijazah Sarjana – RM500.00
    4. Ph.D – RM600.00

(Perubahan sumbangan utk kecemerlangan akademik ahli berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2019)

  • Pinjaman Pembiayaan Khas Melanjutkan Pengajian

Ahli BAKES yang di tawarkan melanjutkan pengajian samada sepenuh masa atau separuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam layak memohon pinjaman pembiayaan khas ini sebanyak maksima RM2,000.00. (Potongan maksima  selama 20 bulan)

(Skim baharu ini untuk ahli melanjutkan pengajian berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2019)

  • Sumbangan Masuk Wad

Sumbangan dimasukkan ke wad hospital dan bermalam. Sumbangan diberikan untuk tempoh sekali setahun sahaja walaupun dimasukkan wad berulang kali. Sumbangan berupa wang tunai, ahli – RM100.00 manakala keluarga terdekat (Pasangan dan anak-anak ahli sahaja) – RM50.00. 

(Perubahan kaedah sumbangan masuk Wad ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2019)

  • Sumbangan Perkahwinan

Sumbangan tunai RM100.00 kepada ahli yang berkahwin semasa menjadi ahli BAKES. 

  • Sumbangan Kelahiran Anak

Sumbangan berupa wang tunai RM50.00 bagi setiap kelahiran anak ahli.

**Sekiranya suami dan isteri menjadi ahli, kedua-duanya layak memohon. 

(Skim baharu ini untuk ahli berkuatkuasa mulai 1 Ogos, 2019)

  • Sumbangan Menunaikan Haji

Sumbangan tunai RM200.00 untuk ahli BAKES yang menunaikan Haji sekali dalam perkhidmatan.

(Skim baharu ini untuk ahli berkuatkuasa mulai musim Haji 2020/1441H)

  • Sumbangan Pesaraan

Sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM200 kepada ahli BAKES yang bersara dan telah menjadi ahli BAKES sekurang-kurang 3 tahun sebelum tarikh persaraan.