CLOUD10 CAMPAIGN

KEMPEN CLOUD10

kepada semua penyumbang budiman,

Sejak Kempen Cloud10 diperkenalkan pada penghujung tahun 2019, Seramai lebih kurang 90 orang staf UTM telah menyumbang dan membuat potongan gaji setiap bulan bagi kempen ini dan sumbangan daripada orang ramai juga berjumlah lebih kurang RM20,000. Objektif Kempen Cloud10 ini bertujuan untuk membantu pelajar UTM yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan kewangan.

Dengan hanya RM10, sumbangan ini digunakan bagi tujuan:

1. Bantuan kewangan bagi aktiviti kebajikan pelajar
(makanan, musibah)
2. Bantukan kewangan bagi keperluan akademik (peralatan
pembelajaran, buku)
3. Projek “KONGSI REZEKI” untuk pelajar (makanan, alat
tulis dan keperluan penjagaan diri harian)

Oleh itu, Unit UTMAlumni sangat berbesar hati ingin mengajak Tuan-Tuan dan Puan-Puan untuk menyumbang kepada kempen Cloud10 ini. Sumbangan boleh dibuat melalui:

(1) Pindahan Tunai/Auto Debit/ Standing Instruction melalui:

Nama Akaun: Universiti Teknologi Malaysia UTMAlumni
Nama bank: Maybank
No Akaun: 551306-532256

(2) JOMPAY

Biller Code:84699-UTMAlumni
Ref 1: Cloud10
Ref 2: No Telefon / email

(3) UTMSmart

Dan yang paling mudah melalui aplikasi UTMSmart. Hanya klik ‘Donate Now’ di Kempen Cloud10 didalam UTMSmart.

(4) Borang Pemotongan Gaji Bulanan (Bagi Staf UTM)

Staf juga boleh mengisi Borang pemotongan gaji yang diberi atau mengisi link google form yang diberi. Bagi borang pemotongan gaji, staf perlu mengisi maklumat dan borang yang telah lengkap diisi perlu dikembalikan kepada UTMAlumni secara softcopy atau hardcopy di pejabat Unit UTMAlumni atau melalui alumni@utm.my

Link Google Form :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSehMVyyOrxTwYHhnu18YKY6Z9-K9hIKsL4awHef36dQmuLynw/viewform?usp=pp_url

Semoga dengan RM10 anda, ia dapat membantu meringankan beban pelajar dan mereka mampu berjaya dan cemerlangg sepanjang pengajian di UTM.

RENUNGAN

Allah SWT berfirman: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Ali Imran: 92).

 

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!