Sealing Ceremony UTM-TECHS Time Capsule

Sealing Ceremony UTM-TECHS Time Capsule
12 Februari 2019 
Dewan  Azman Hashim, Menara Razak UTM Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur, 12 Februari 2019 (Selasa), Detik yang bersejarah buat UTM apabila kumpulan Special Interest Group (SIG) yang menamakan diri mereka sebagai SIG UTM- Senior Techs telah kembali ke gagang iaitu di tapak asal Maktab Teknik Kuala Lumpur, Jalan Gurney iaitu di kampus UTM Kuala Lumpur. SIG UTM- Senior Techs ini telah menghasilkan sebuah buku memoir bertajuk The Techs – Remembering The Golden Era – Technical College Kuala Lumpur 1940-1970 setebal 280 mukasurat. Majlis ini diadakan adalah untuk merealisiakan hasrat bersama UTM dan SIG UTM-Senior Techs bagi menyimpan buku memoir The Techs serta 3 lagi buku atau majalah terbitan di era Maktab Teknik iaitu Annual TECHS, Engineering Journal dan Techs Mirror agar dapat menjadi tatapan generasi akan datang.Majlis ini juga diadakan untuk menghargai Alumni UTM-TECHS secara keseluruhannya yang telah memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam banyak projek pembangunan dan pembinaan dalam negara kerana kesemua mereka telah berkhidmat dan menerajui sektor kerajaan dan swasta. Pelajar- pelajar yang hadir ke majlis ini telah direkodkan kehadiran mereka yang mana mereka telah didaftarkan didalam kumpulan khas Time Capsule 2019-2069 Special Interest Group (SIG). Diharapkan pelajar-pelajar ini akan bersama-sama kembali pada tahun 2069 semasa pembukaan kapsul masa ini, InsyaAllah jika di izinkan Allah.