PENAJAAN PROGRAM PEMBANGUNAN MAHASISWA DAN ALUMNI UTM

Unit UTMAlumni sentiasa komited dalam merencana dan melaksanakan pelbagai aktiviti serta program yang melibatkan alumni bagi mengekalkan jalinan perhubungan sepanjang hayat yang konsisten di antara Alumni dengan Alma mater.

Sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang berperanan dalam menggerakkan aktiviti perhubungan alumni, Unit UTMAlumni sentiasa seiring dengan hasrat universiti untuk memperkasakan hubungan dan jaringan alumni dengan melaksanakan pelbagai program untuk membawa kembali alumni ke kampus bagi menyokong universiti.

Justeru itu, UTMAlumni mengambil inisiatif dengan memberi penajaan kepada program pembangunan mahasiswa yang berimpak kepada universiti. Penajaan ini akan diberikan kepada program mahasiswa yang melibatkan alumni UTM khususnya.

Bagi pihak sekolah, fakulti dan PTJ UTM yang ingin memohon boleh melayari website UTMAlumni (http://alumni.utm.my/) untuk memuat turun borang permohonan. Pemohonan mestilah dihantar sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sama ada melalui emel alumni@utm.my atau ke pejabat UTMAlumni.