Warga Alumni UTM yang dihormati…Sanjungan Bangsa.

Beberapa hari yang lepas kami merayu sumbangan para dermawan untuk bersama kami mencapai hasrat melaksanakan projek menggantikan karpet di MSI UTMJB. Alhamdulillah sejumlah RM83 ribu dikumpulkan dalam tempoh 2 hari menjadikan jumlah terkini RM216k.

Kita memerlukan RM284k bagi mencukupkan kutipan RM500 iaitu kos penggantian karpet. Sehingga kini 1250 telah mewakaf kepada tabung ini. Alhamdulillah dan jutaan terimakasih diucapkan.

Kami mengharapkan para Alumni UTM yang kini hampir mencecah 200,000 akan tampil menyumbang, berkongsi sedikit rezeki mewakafkan sedikit harta saudara. Kami membayangkan jika 30,000 alumni menyumbang RM10 seorang, dalam sehari dua ini cukup lah tabung kita. Lebih realistik jika 3000 ribu alumni menyumbang RM100, kita boleh cukupkan kutipan, in sya Allah.

Mengapa UTM memohon bantuan? Kami meminta kepada yang ada dan merayu kepada yang sudi. Kepada mereka yang pernah belajar di UTM dan bersolat di MSI. Sebagai makluman, UTM melalui sumber dalaman telah memperuntukan RM1.5 juta untuk memperbaiki MSI (bumbung, kipas gergasi, tempat wuduk dll) bagi memberi lebih keselesaan kepada jemaah.

Kami membuka ruang kepada para alumni untuk turut bersama. Kami maklum jutaan ringgit telah disumbangkan oleh alumni kepada tabung endowment dan pelbagai projek dana UTM. Tapi kami yakin harta yang disedeqahkan akan dilipatganda lagi. Dan bersedeqah tidak menyebabkan kita miskin, insyaAllah.

Jadi jom sama-sama realisasikan usaha ini bersama. Mencukupkan tabung wakaf karpet sebelum Ramadhan ini berakhir. Jutaan terima Kasih sekali lagi. Kami akan berkongsi hasil kutipan sehingga cukup mencapai sasaran.

Selamat meneruskan ibadah dibulan Ramadan yang mulia ini serta kita bersama sama bersedeqah, in sya Allah.Terima kasih.

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588).

 

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!