Assalamualaikum/Salam Sejahtera/Salam UTM Sanjungan Bangsa,

YBhg. Tan Sri/Puan Sri/ Datuk/Datin/Prof./Prof. Madya/Ir./Sr./Ar./Ts./Tc./Dr./Saudara,

PEMAKLUMAN PEMBIDAAN NOMBOR PENDAFTARAN KHAS ’UTM’ SIRI 3 – 26.2.2020 HINGGA 02.03.2020

Dimaklumkan bahawa proses bidaan nombor pendaftaran kenderaan khas ’UTM’ Siri 3 secara atas talian melalui laman sesawang https://bida.utm.my akan dibuka mulai 26 Februari 2020 dan tamat pada 02 Mac 2020 11:59 malam.

Staf, alumni, pelajar dan juga masyarakat luar agar dapat mengambil peluang untuk membida nombor kenderaan khas “UTM” dan unik sambil menyumbang ke Tabung Endowmen UTM bagi membantu pelajar UTM yang amat memerlukan bantuan kewangan. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki nombor khas “UTM”

Keputusan bidaan akan dimaklumkan menerusi emel yang didaftarkan dalam sistem bidaan UTMeBid mulai pada 04 Mac 2020. Surat keputusan berjaya boleh dimuat turun melalui laman sesawang https://bida.utm.my. Sila log-in dan semak bidaan semasa.

Bagi Pihak Pengurusan UTM, kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian semua pembida yang akan membuat pembidaan nombor pendaftaran kenderaan Khas ‘UTM’.

Syabas dan Tahniah kepada yang berjaya membida nombor unik ini.

Sekian, terima kasih