Pada 13-15 Januari 2020, Persatuan Senibina Landskap (EARTH), Jabatan Senibina Landskap, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia telah menganjurkan Program Sustainable Environmental Assembly (SUTERA) 2020 bertempat di Dewan Konvensyen B12, Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM Johor Bahru. Objektif program ini adalah memberi pendedahan dan menggalakan warga staf untuk lebih mendalami input berkaitan perlaksanaan aktiviti kelestarian kampus. Program ini juga untuk merealisasikan hasrat UTM menjadi model sebuah masyarakat lestari mengikut keupayaannya tersendiri dan membina budaya kerja yang berintegriti, kreatif dan inovatif dalam menghasilkan prestasi cemerlang dalam pengurusan alam sekitar dan khususnya kampus UTM.

 

Speaker, VIP dan Alumni UTM yang terlibat

LAr. Dr. Hamidah binti Ahmad (Alumni UTM)

LAr. Mohd Zai bin Kandar (Alumni UTM)

LAr. Zainul Hakim bin Mohd Zain

Dr. Abdul Rahim bin Abdul Hamid

Prof. LAr. Dr. Ismail Said

LAr. Dr Sapura binti Mohamad

En. Mohd Faizal bin Abd Latib

 

VIP

Prof Ts. Dr. Mohd Hamdam bin Haji Ahmad (Dekan, Fakulti Alam Bina dan Ukur)

En. Azizul Jabar Bin Ismail (Arkitek Landskap, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri)

Prof Ts. Sallehuddin bin Muhamad (Pengarah, Pejabat Harta Bina UTM KL)